Fizz Fairuz hidap penyakit misteri

9 Apr - Pelakon popular, Fizz Fairuz mengakui dirinya telah mendapatkan rawatan tradisional baru-baru ini bagi menyembuhkan sakit misteri yang dihidapinya hampir dua minggu.

Fizz memberitahu, dia mulai mengalami gangguan kesihatan sebaik selesai penggambaran babak terakhir drama "Waris" di Ulu Langat pada 20 Mac lalu.

"Saya menyangkakan ianya hanyalah demam biasa, jadi saya bertemu doktor untuk mendapatkan suntikan. Walaubagaimanapun, selepas dua minggu keadaan kesihatan saya masih tidak menentu dan saya akhirnya pergi mendapatkan rawatan alternatif, berubat secara tradisional.

"Alhamdulillah, keadaan saya sekarang ini sudah boleh dikatakan seratu peratus pulih. Tapi buat masa ini saya masih lagi mengamalkan petua perubatan yang diberikan oleh pakcik yang merawat saya agar ianya tidak berulang lagi, " tambah Fizz yang dipetik dari laman Murai.

Bercerita lagi mengenai penyakit misteri yang dihidapinya itu, Fizz memberitahu berlaku beberapa perkara pelik sepanjang tempoh dia menghidapi gangguan kesihatan tersebut. Gangguan tersebut bukan sahaja membuatkan staminanya terganggu, bahkan turut menjejaskan imejnya yang sebelum ini dikenali sebagai seorang aktor yang mudah mesra.

"Bayangkan ketika menghadiri road tour ABPBH di Johor Bahru baru-baru ini, ramai yang cakap saya sombong, muka bengis, tak mahu senyum dan sebagainya walhal, saya telah berhabis senyum dan ramah dengan semua orang yang ada di situ."

"Selain itu juga, saya mudah merasa mengantuk, badan terasa berat untuk bergerak dan tekak saya terasa seperti disekat. Tapi selepas berubat secara tradisional, saya diberitahu bahawa ada makhluk sebesar beruang sedang bertenggek di atas bahu saya," jelas pelakon 'Nur Kasih The Movie' ini.

Fizz turut mengakui, dia sebolehnya tidak mahu percaya dengan perkara-perkara aneh sebegitu, walaubagaimanapun selepas insiden yang menimpanya ini, barulah dia percaya bahawa wujud perkara ganjil dalam kehidupan seharian.

"Nasihat saya, jika kita masuk ke kawasan asing, hutan misalnya, kenalah jaga pertuturan dan kelakuan. Jangan cakap besar. Sebagai umat Islam sebaik-baiknya bacalah selawat sebelum memasuki tempat yang cukup asing kepada kita." ujar Fizz mengakhiri perbualan.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 7 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont moves toward labeling of GMO foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont moves toward labeling of GMO foods 14 minutes ago
    Vermont moves toward labeling of GMO foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont lawmakers have passed the country's first state bill to require the labeling of genetically modified foods, underscoring a division between powerful lobbyists for the U.S. food industry and an American public that overwhelmingly says it approves of the idea. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.