"Gangster Celop" gandingan dua produksi tempatan

17 Jul – Excellent Pictures dan Skop Production akan bersatu tenaga membikin filem "Gangster Celop", sebuah filem aksi komedi yang dibintangi oleh Shamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta pelakon baru Hanis Zalikha.

Produksi yang menelan belanja sebanyak RM1.7 juta ini merupakan sebuah gabungan produksi dua syarikat penerbitan filem tempatan iaitu di antara Ahmad Idham Ahmad Nadzri selaku pengarah dari Excellent Pictures dan Datuk Yusof Haslam sebagai penerbit dari Skop Production.

Cerita berkisar tentang Shamsul Yusof dan Kamal Adli yang bakal memegang watak bekas samseng berkawan rapat. Mereka baru sahaja keluar dari penjara dan ingin memulakan kehidupan baru. Walaubagaimanapun, mereka dihubungi oleh Mat Jambu (Yus Jambu), seorang bekas ketua samseng yang kini memerlukan bantuan mereka untuk menjadi pengawal peribadi kepada Suzana (Hanis Zalikha), anak Jambu yang baru hendak mula berniaga.

"Melihat situasi industri filem sekarang, gabungan ini boleh memberikan sebuah peluang untuk menghasilkan idea, kreativiti, modal dan kerja yang boleh menarik perhatian umum," ujar Datuk Yusof Haslam, yang turut mengatakan kolaborasi ini merupakan sebuah langkah yang besar dalam industri filem tempatan.

"Kolaborasi ini boleh membuahkan fenomena baru dalam industri filem, yang mana ianya bukan sahaja berkaitan kolaborasi dua syarikat, malah ini antara fenomena baru dalam bidang lakonan apabila Hanis Zalikha, seorang blogger terkenal yang juga merupakan seorang model, turut berlakon dalam "Gangster Celop"," ujar Ahmad Idham.

Penggambaran utama "Gangster Celop" sudahpun bermula di kawasan Lembah Klang dan berkemungkinan akan diriliskan pada tahun 2013.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 7 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont moves toward labeling of GMO foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont moves toward labeling of GMO foods 9 minutes ago
    Vermont moves toward labeling of GMO foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont lawmakers have passed the country's first state bill to require the labeling of genetically modified foods, underscoring a division between powerful lobbyists for the U.S. food industry and an American public that overwhelmingly says it approves of the idea. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.