Advertisement

Gaya Muslimah berjiwa moden

Gaya Muslimah berjiwa moden

22 Apr - Dalam industri fesyen sekarang, golongan wanita sering disogokkan dengan lambakan rekaan fesyen yang dilabelkan sebagai fesyen Muslimah. Lambakan rekaan fesyen seperti ini telah menyebabkan kekeliruan bagi golongan wanita Islam untuk menuntut mereka berpakaian mengikut syariat.

Kemana saja kita berada kala ini, semakin ramai wanita yang memilih fesyen bertudung litup kerana kesempurnaannya bersama gaya lebih moden, terkini dan tidak terlalu konventional.

Sebagai seorang wanita Muslimah, tidaklah salah jika ingin bergaya. Fesyen pakaian dan menjaga aurat adalah perkataan yang berjalan seiringan. Tidak ada masalah berfesyen dalam berpakaian di samping dalam pada yang sama masih mampu menjaga tatasusila sebagai seorang wanita muslimah yang dihormati.

Jika dahulu, hanya persalinan kurung saja yang sering menjadi simbahan si gadis Muslimah kala bergaya, tetapi sekarang tidak lagi. Kebijaksanaan golongan wanita dalam berfesyen seperti menyuai padan beberapa persalinan seperti seluar, jaket denim, blaus mahupun kaftan menggunakan fabrik yang lebih jitu kesan penggayaannya telah menjadi pilihan golongan wanita berhijab.

Arus masa berubah dan fesyen pakaian muslimah juga menerima tempiasnya. Jubah moden tidak lagi berwarna terang dan rata. Kini ia dihiasi corak yang mempersona dan potongan yang lebih beralun. Boleh menyejukan mata-mata yang memandang.

Maka dengan itu, muncul lah trend fesyen Hijabnista dan Hijab Hipster yang mula dipandang tinggi oleh kebanyakan pengamal fesyen dan tidak ketinggalan juga pengeluar fesyen wanita kerana permintaan yang semakin meluas.