A Great Big World datang Malaysia pada 7 Ogos

13 Jul – Duo kumpulan A Great Big World yang dianggotai oleh penyanyi dan penulis lagu Ian Axel dan Chad Vaccarino mula dikenali selepas lagu "Say Something" mendapat perhatian ramai termasuk penyanyi hebat Christina Aguilera yang akhirnya merakamkan semula lagu tersebut bersama mereka sehingga ia berjaya menduduki tempat pertama dalam carta muzik.

"Kami menerima emel daripada Christina Aguilera seakan sebuah puisi, dimana dia bercerita mengenai lagu itu. Dia kemudiannya memberitahu dia berminat untuk bekerjasama dengan kami dan ia membuatkan kami tidak percaya dengan kata-katanya dan teruja.

"Seminggu selepas itu, kami berada di Los Angeles dan merakamkan lagu itu bersamanya. Segala-galanya berlaku dengan pantas," imbas Axel.

A Great Big World telah meriliskan album studio pertama mereka, "Is There Anybody Out There?" pada 21 Januari lalu dan ia menampilkan sebanyak 13 buah lagi seperti "Say Something", "Rockstar", "I Really Want It", "This Is The New Year" dan banyak lagi.

Kini anda berpeluang menyaksikan mereka secara langsung pada 7 Ogos akan datang, jam 8.30 malam bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket A Great Big World Live In Malaysia, potongan harga untuk pembeli paling awal akan bermula pada 30 Jun hingga 30 Julai menerusi TicketPro dengan harga RM198 Great Zone [lower level (centre)], RM158 Big Zone [lower level] dan RM68 World Zone [upper level].

Manakala harga tiket jualan biasa adalah RM248 Great Zone [lower level (centre)], RM198 Big Zone [lower level] dan RM98 World Zone [upper level].

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang TicketPro atau hubungi 03-7880 7999

03-7880 7999

atau layari laman Facebook The WonderLand+.

Call

Send SMS

Add to Skype

You'll need Skype CreditFree via Skype