H&M Malaysia buka cawangan kedua di Shah Alam

8 Okt – Nampaknya 'hype' yang dibangkitkan oleh H&M di Malaysia masih belum pudar. Pada minggu yang lalu, kedai H&M yang kedua yang terletak di Setia City Mall, Shah Alam dikerumuni ramai pembeli yang tidak sabar menantikan pelancarannya.

Dengan keluasan 17,000 kaki persegi, H&M Malaysia @ Setia City Mall kini sedang membawa koleksi fesyen musim Luruh / Sejuk 2012. Walaupun bertemakan sedemikian, koleksi ringan tersebut sesuai untuk penduduk Malaysia yang bekerja di dalam bangunan berhawa dingin yang sejuk dan masih boleh dipakai di bawah sinar matahari tanpa membuatkan badan terasa panas.

Para pembeli yang berminat boleh mendapatkan pelbagai rekaan serta corak yang sudah tentu menarik perhatian mata yang memandang.

Keterujaan di kalangan penduduk Malaysia memang sesuatu yang sudah boleh diagak kerana jenama H&M sememangnya terkenal dengan pakaiannya yang mendefinisikan pembaharuan dalam dunia fesyen. Kebanyakan dari trend sofistikated yang dibawa adalah hasil kolaborasi bersama pereka fesyen bertaraf antarabangsa seperti Anna Dello Russo, iaitu penyunting fesyen bagi Vogue di negara Jepun.

Sesiapa yang berminat bolehlah berkunjung ke kedai H&M @ Setia City Mall yang buka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 16 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • Doctor convicted in Michael Jackson death denied latest appeal
    Doctor convicted in Michael Jackson death denied latest appeal

    The California Supreme Court on Wednesday refused to hear an appeal by Michael Jackson's personal physician, Conrad Murray, who was found guilty of involuntary manslaughter in the pop star's death. Murray was released from a Los Angeles jail in October after serving two years but wants to clear his name. The cardiologist's attorney, Valerie Wass, said Murray will likely attempt to overturn his conviction in federal court. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …