Heidi Klum failkan perceraian

8 Apr - Hubungan di antara Heidi Klum dan suami, Seal atau nama sebenar Seal Henry Olusegun Olumide Adeola Samuel, akhirnya berakhir apabila Heidi Klum sah menfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Los Angeles petang semalam. Di dalam fail perceraian tersebut ada menyatakan bahawa punca perceraian adalah disebabkan tiada persamaan dan juga menyebut mengenai hak penjagaan terhadap empat orang anak mereka.

Pasangan tersebut juga telah menyatakan hak pembahagian harta pensecarian dan juga Heidi mahukan namanya kembali kepada Heidi Klum dimana sebelum ini dia menggunakan nama Heidi Samuel.

Dipetik dari laporan E! Online, pasangan tersebut juga telah menyatakan rasa bahagia selama tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

"Kami bahagia dengan kehidupan selama tujuh tahun menjadi pasangan suami isteri yang penyayang, mencintai dan menghormati antara satu sama lain. Setelah keserasian itu hilang, kami cuba untuk mencari keserasian itu kembali, namun tidak berhasil. Kami memutuskan untuk berpisah demi kebahagian masing-masing," ujar pasangan ini waktu pertama kali memberitahu mereka sudah berpisah.

Ujar pasangan itu lagi, mereka akan tetap mencintai antara satu sama lain, namun yang pasti matlamat mereka dalam hidup telah mematangkan diri masing-masing. Apa yang penting sekarang adalah kehidupan anak-anak yang menjadi keutamaan mereka.

Pasangan ini telah berkahwin pada 10 May 2005 di sebuah pantai di Mexico berdekatan dengan rumah Seal dan dikurnai empat orang anak, iaitu dua daripadanya adalah perempuan iaitu Helene Boshoven Samuel dan Lou Sulola Samuel, dua anak lelaki iaitu Henry Gunther Adeola Dashtu Samuel dan Johan Riley Fyodor Taiwo Samuel.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.