Henry Golding jejaka baru Dashing

14 Jul – Jika dahulu acapkali kita melihat aktor siri drama hits "Nur Kasih", Remy Ishak menghiasi iklan jenama Dashing, kini giliran hos dan pelakon kacukan Inggeris Iban, Henry Golding dipilih sebagai wajah baru barangan penjagaan dan haruman khas jejaka bertaraf antarabangsa, Dashing For Men.

Pengumuman Henry sebagai wajah baru produk tersebut telah diadakan di Hotel Double Tree, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Henry, dia diperkenalkan dengan Dashing sejak tiga bulan yang lepas. Walaubagaimanapun dia sebelum ini pernah mendengar produk ini dan sedia maklum bahawa Remy Ishak adalah salah seorang daripada duta Dashing.

"Dashing boleh dikatakan antara produk penjagaan lelaki yang terbaik pernah saya gunakan dan kini saya tidak akan meninggalkan rumah tanpa memakai Pelembap Muka SPF 23 Dashing For Men.

"Apa yang cuba ditonjolkan oleh Dashing For Men adalah keyakinan, keterbukaan, aktif dan bertindak sebagai ikutan kepada para lelaki moden yang seharusnya berbangga dengan apa yang mereka miliki dan dalam masa yang sama menitikberatkan soal penjagaan diri," jelas Henry.

Produk penjagaan kulit Dashing For Men ini memahami apa yang lelaki moden mahukan. Dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua lelaki diluar sana ia boleh dijadikan produk asas juga utama serta rejim kecantikan buat lelaki yang mementingkan penampilan.

Malah jelas Henry lagi, rangkaian produk penjagaan kulit Dashing For Men ini dihasilkan bersesuaian dengan persekitaran dan keadaan cuaca di Malaysia. Persekitaran lembap dan cuaca yang tidak menentu menjadikan kulit tampak berminyak.

"Ini adalah rahsia Dashing yang mahu dikongsikan bersama para jejaka di luar sana yang mahu tampak segar dan kekal bertenanga sepanjang hari.

"Sepanjang tiga bulan menggunakan rangkaian produk ini, saya dapat melihat perbezaan pada kulit wajah saya," ujar pengacara yang terkenal melalui program pelancongan "Without Boundaries" yang pernah disiarkan di 8TV.

Selain sibuk dengan aktiviti pengacaraan, jadual Henry kini bertambah padat dengan aktiviti yang telah diaturkan untuknya oleh pihak Dashing For Men.

  • Kumpulan pop 1990-an popular
    Hana Ahmad - Tupai
    Kumpulan pop 1990-an popular 15 hours ago
    Kumpulan pop 1990-an popular

    Dunia muzik tahun 1990-an dipenuhi dengan kumpulan pop lelaki dan wanita seperti Spice Girls, Backstreet Boys, Hanson, Boyzone dan banyak lagi! …

  • Hans Isaac bakal arah filem antarabangsa
    Azizah Saleh - Tupai
    Hans Isaac bakal arah filem antarabangsa 15 hours ago
    Hans Isaac bakal arah filem antarabangsa

    Pengarah serta penerbit berbakat, Hans bakal mengarahkan filem berbahasa Inggeris. …

  • Dari Hallyu ke Hollywood
    Syahida Kamarudin - Tupai
    Dari Hallyu ke Hollywood Sat, Apr 19, 2014 12:16 AM MYT
    Dari Hallyu ke Hollywood

    Para pelakon Korea Selatan yang berjaya menempa nama dalam industri filem Hollywood. …

  • Tori Spelling 'fighting for marriage'
    Cover Media
    Tori Spelling 'fighting for marriage' Sat, Apr 19, 2014 2:30 PM MYT
    Tori Spelling 'fighting for marriage'

    Tori Spelling is said to believe she can cure Dean McDermott's "cheating ways". …

  • Nicki Minaj 'wants wedding in a hot tub'
    Cover Media
    Nicki Minaj 'wants wedding in a hot tub' Sat, Apr 19, 2014 11:00 AM MYT
    Nicki Minaj 'wants wedding in a hot tub'

    Nicki Minaj reportedly plans to have fire breathers and "naked performers" at her wedding. …

  • Tidur lena dengan SleepPhones
    Azwa Iela - Tupai
    Tidur lena dengan SleepPhones 15 hours ago
    Tidur lena dengan SleepPhones

    SleepPhones dapat membantu anda untuk mengatasi masalah-masalah yang tidak diingini ketika tidur. …

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya Sat, Apr 19, 2014 12:18 AM MYT
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Female candidates fight for rights in Iraq campaign
    Prashant Rao - AFP News
    Female candidates fight for rights in Iraq campaign 6 hours ago
    Female candidates fight for rights in Iraq campaign

    With fears that women's rights are being eroded in Iraq, prospective female lawmakers are determined to push women's issues to the fore of campaigning for this month's elections. Despite a constitutional requirement that a quarter of all MPs be women, Iraq lags on key indicators such as female employment and literacy, and there is a bill before parliament that opponents say dramatically curtails women's rights. Also at issue ahead of April 30 elections are high levels of violence against …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …