Herman Tino tidak berniat menentang kerajaan

25 Apr – Walaupun ditentang oleh isterinya sendiri, penyanyi dangdut tempatan, Masrun Tamsi, atau nama popular Herman Tino tetap bertekad untuk bertanding di Parlimen Tanjung karang atas tiket Bebas.

Terkini, penyanyi berusia 59 tahun itu didakwa telah ditaja oleh parti pembangkang untuk menjatuhkan parti Barisan Nasional (BN). Dakwaan tersebut, walaubagaimanapun disangkal oleh Herman yang menyatakan bahawa beliau masih berasa terhutang budi kepada Barisan Nasional (BN) yang sering memberikan pertolongan kepadanya. Tambahnya lagi, keputusannya untuk bertanding diambil hanya dalam tempoh 24 jam.

"Namun atas dasar ketidak puasan hati terhadap segelintir pemimpin yang tidak memandang kewujudan saya sebagai anak seni dan penduduk tempatan, hati saya jadi marah, seterusnya menjadi punca tindakan bertanding sebagai calon Bebas diambil," katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.

"Meskipun ramai menuduh saya membelot parti dan dikritik teruk semua yang memungkinkan mata pencarian sebagai artis selepas ini lenyap, namun semua itu saya terima dengan hati terbuka."

Jelasnya, bukan niat beliau untuk menentang pihak kerajaan sama sekali mahupun terlibat dalam dunia politik yang ternyata memakan banyak wang untuk berkempen.

BACA:
Michelle Yeoh seru rakyat sokong Najib Razak

Bekas penyanyi, Aishah, sertai parti PAS?
Afdlin Shauki tak berminat sertai politik

"Saya tiada wang yang banyak untuk dijanjikan kepada pengundi sekiranya menang nanti, tetapi saya mampu menjanjikan jambatan kasih sayang untuk memulihkan hubungan orang ramai yang kini dilihat rosak kerana taksub dengan fahaman politik masing-masing," katanya.

Dalam usahanya untuk berkempen, pihaknya yang bergantung kepada dana tertentu juga terpaksa menggadaikan harta-benda. Di samping itu, Herman turut mendapat sokongan para sahabat yang mana beliau telah memperoleh wang deposit untuk bertanding selepas dua daripada mereka menggadaikan kereta bernilai RM10,000.

  • Kate Moss muka baru Topshop
    Azwa Iela - Tupai
    Kate Moss muka baru Topshop 30 minutes ago
    Kate Moss muka baru Topshop

    Model terkenal ini telah dilantik oleh jenama pakaian terkemuka dunia Topshop untuk menjadi muka baru. …

  • Tips bercukur dengan betul!
    Azwa Iela - Tupai
    Tips bercukur dengan betul! 1 hour 34 minutes ago
    Tips bercukur dengan betul!

    Kami ingin kongsikan tips bercukur buat golongan lelaki. …

  • Tidur lena dengan SleepPhones
    Azwa Iela - Tupai
    Tidur lena dengan SleepPhones Sun, Apr 20, 2014 6:05 AM MYT
    Tidur lena dengan SleepPhones

    SleepPhones dapat membantu anda untuk mengatasi masalah-masalah yang tidak diingini ketika tidur. …

  • High court to hear dispute about TV over Internet
    MARK SHERMAN - Associated Press
    High court to hear dispute about TV over Internet 16 minutes ago
    High court to hear dispute about TV over Internet

    WASHINGTON (AP) — Thirty years after failing to convince the Supreme Court of the threat posed by home video recordings, big media companies are back and now trying to rein in another technological innovation they say threatens their financial well-being. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes 5 hours ago
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …