Hilary Duff & Mike Comrie kembali bersama?

Hilary Duff & Mike Comrie kembali bersama?

16 Apr – Walaupun ada desas-desus mengatakan penyanyi dan pelakon Hilary Duff berniat membatalkan hasratnya untuk berpisah dengan suami Mike Comrie, tetapi satu sumber menegaskan pasangan tersebut sebenarnya tidak kembali bersama.

"Mereka masih lagi berpisah tetapi berkawan baik. Mereka bersama di Coachella pada hari minggu lalu, namun mereka bukan pasangan. Ianya tidak benar, mereka masih akan berpisah," ujar sumber tersebut seperti dipetik daripada laporan People.

Hubungan Duff, 26, dan Comrie, 33, dikatakan bertaut kembali selepas mereka kembali dari percutian pada Hari Kekasih lalu dan pernah dilihat mesra ketika keluar bersama seperti pasangan suami isteri lain.

Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, Luca Cruz, yang kini berusia dua tahun telah mengumumkan perpisahan mereka pada Januari lalu.