Inspirasi fesyen Sazzy Falak

23 Mei – Gemar bereksperimen serta minat yang mendalam dalam dunia fesyen telah memberi ilham dan keyakinan kepada pengacara dan pelakon popular, Sazzy Falak untuk menghasilkan koleksi pakaian jenamanya sendiri.

Idea untuk mengeluarkan Street Fashion by Sazzy Falak (SF by SF) mula tercetus ketika pelakon berusia 31 tahun ini sedang mengandungkan puteri kembarnya, Imaan Lily dan Tiara Rose.

"Saya sudah lama mempunyai idea untuk memiliki jenama pakaian sendiri, cuma saya betul-betul memikirkannya ketika sedang hamil kerana ketika itu saya tidak terlalu sibuk. Tambahan pula suami menyokong idea saya kerana sedar bahawa saya cintakan fesyen," ujar Sazzy memulakan bicara.

Ditanya mengapa tidak cuba membuka butik sendiri sebaliknya memilih untuk memasarkannya secara talian, Sazzy memberitahu itu adalah salah satu cara untuk peminatnya dari luar Kuala Lumpur mahu pun Malaysia boleh mendapatkannya.

"Memiliki butik sendiri memang hebat, tetapi ianya akan menyukarkan saya untuk mengawalnya serta tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama anak-anak.

"Generasi baru masa kini jarang keluar untuk membeli-belah kerana mereka gemar membeli apa yang disukai melalui talian. Saya juga begitu kerana ianya sangat mudah. Peminat saya dari luar Kuala Lumpur juga berpeluang memilikinya," ujar Sazzy yang menjadikan Nicole Richie, Sienna Miller dan Kate Moss sebagai idolanya.

Sazzy turut memberitahu dia kini masih lagi dalam proses merancang serta menyiapkan laman sesawang dan jenamanya ini akan dilancarkan pada awal Julai. Tambahan pula pakaian rekaannya juga masih dalam produksi dan mengambil masa untuk disiapkan.

"Saya masih lagi dalam proses untuk menyiapkan semuanya sekurang-kurangnya sebelum bulan ramadan. Malah saya juga akan turut menghasilkan Ramadan street wear seperti kaftan yang digayakan secara ranggi," ujarnya lagi ketika ditemui di acara Celebrity Fitness Triathlon di Mid Valley Megamall baru-baru ini.

Sebagai permulaan, SF by SF yang mengetengahkan konsep street fashion yang ringkas dan ranggi ini akan menawarkan pakaian hasil lakarannya sendiri serta aksesori seperti gelang, skaf dan sebagainya. Ia akan dijual dengan harga serendah RM60 sehingga RM120 dan pakaian eksklusif rekaan Sazzy pula akan dijual pada harga sekitar RM200.

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya 14 hours ago
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Baltics mull joint TV channel to counter Kremlin's line
    Mike Collier - AFP News
    Baltics mull joint TV channel to counter Kremlin's line 2 hours 14 minutes ago
    Baltics mull joint TV channel to counter Kremlin's line

    Europe's Baltic states are in talks to set up their own Russian-language television channel in a bid to counter the deluge of propaganda aimed at their ethnic Russian populations by Moscow-backed media. Numerous Russian-language media outlets already exist in Estonia, Latvia and Lithuania but most emanate from Russia and toe its line on politics and history -- sensitive issues in a region that endured half a century of Soviet occupation. This month, Latvia and Lithuania each suspended the …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …