Isteri Ezany Nizariff lari rumah?

21 Jul – Aktor Ezany telah membuat laporan polis di Balai Polis Kinrara, Serdang apabila mendapati isterinya Nuryanti Abidin, 32, dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenali pada 17 Julai lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani@Zohiri Mohd Nizariff berkata, dia menyedari ketiadaan isterinya di rumah apabila dia bangun untuk bersahur.

"Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali naun tidak berjaya. Saya turut menghubungi keluarganya, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana," katanya kepada Harian Metro.

Ezany berkata, dia mengesyaki isterinya dilarikan seorang lelaki selepas seorang wanita yang mendakwa isteri kepada lelaki tersebut ada menghantar mesej di laman sosial Facebook-nya beberapa hari yang lalu.

"Saya memang tidak mengenali lelaki ini sehinggalah wanita ini menghantar mesej di laman Facebook saya berkenaan suaminya.

"Macam-macam yang diceritakan kepada saya, malah dia juga memberikan beberapa bukti suaminya dan isteri saya dipercayai ada menjalinkan hubungan sulit."

Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, Ezany dan Nuryanti telah dikurniakan dua orang cahaya mata.