Advertisement

Isu bertudung: Raja Azmi tak kisah dikecam

Isu bertudung: Raja Azmi tak kisah dikecam

16 Apr – Baru-baru ini penerbit filem sensasi, Raja Azmi telah mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan yang berbunyi "Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka Kak Mi tak boleh terima semua itu".

Kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit filem ".....Dalam Botol" itu nyata mengundang kemarahan ramai, malah dikritik hebat. Bagaimanapun, Raja Azmi berkata, dia tetap dengan pendiriannya dan mempunyai alasan dan prinsip sendiri untuk tidak memakai tudung.

"Pemakaian tudung merupakan pilihan masing-masing, tetapi hal ini melibatkan keikhlasan hati, kita perlu betulkan perkara asas seperti solat lima waktu dahulu.

"Saya sememangnya telah bersedia untuk berhijrah, namun buat masa ini saya akan bertudung pada masa tertentu sahaja. InsyaAllah saya berusaha untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit demi kebaikan saya," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah penerbit berusia 54 tahun itu lagi, buat masa ini apa yang mahu ditekankan dahulu adalah perkara asas seperti menunaikan solat lima waktu.

"Kalau solat loma waktu pun compang-camping, macam mana hendak melakukan kebaikan lain."