Jep Sepahtu lemas isu Shahrol diperbesar

Jep Sepahtu lemas isu Shahrol diperbesar

14 Apr - Kontroversi Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro masih dikatakan berlarutan sehingga kini dan sekaligus tercetusnya khabar angin yang tidak enak mengenai hubungan renggang mereka bertebaran di Internet.

Jep yang ditemui media tempatan menjelaskan yang dia tidak ada jawapan mengenai konflik yang terjadi kerana memang tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua.

"Isu pergaduhan dan masam muka sudah sudah lama diperbesarkan dan sesiapa sahaja boleh mendakwa kami ada konflik tetapi apabila ditanya mereka pun tak boleh nak jawab kerana memang tak ada apa yang terjadi," katanya.

Dalam pada itu, Jep turut meluahkan kerimasannya terhadap isu ini yang mana boleh menyebabkan perjalanan karier seninya terganggu dan sekaligus boleh memecahbelahkan hubungan antara satu sama lain.

Duta kepada minuman bertenaga Drive M7 ini juga menasihatkan kepada pihak di luar sana agar tidak menyusahkan orang lain dengan menjaja cerita sebegini dan menegaskan tidak ingin mencari publisiti dengan cerita-cerita sedemikian.

Dalam perkembangan lain, Jep kini terlibat dengan program School of Lawak, Karoot Komedia, telefilem raya dan juga projek berkenaan Malaysian Book of Record dalam bidang komedi.