Jom cuba resepi ais krim goreng dirumah

Jom cuba resepi ais krim goreng dirumah

27 Nov – Selalunya ais krim goreng boleh dibeli di pasar raya, tetapi lebih menarik jika kita boleh membuatnya sendiri dirumah kerana boleh membuat dengan jumlah yang banyak.

Bagi mereka yang mengemari ais krim, anda boleh mencuba resepi mudah ini yang pastinya sesuai untuk santapan seisi keluarga dan anak-anak sempena cuti sekolah panjang ini.

Jom ikuti resepi ais krim goreng yang dipetik daripada majalah Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
Beberapa keping putih roti.
Ais krim berperisa mengikut citarasa anda.
Cawan yang sederhana besar.

Cara membuat:

1. Letakkan satu sudu ais krim ke atas lapisan roti pertama. Jangan letak aiskrim terlalu banyak bimbang sukar ditutup rapat.
2. Letakkan lapirann roti kedua iaitu roti bahagian atas.
3. Ambil cawan,kemudian terbalikkan dan terapkan pada roti kuat-kuat sehingga menjadi bentuk bulat.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk beku semalaman.
5. Panaskan minyak dan goreng tidak lebih 10 saat. Pastikan minyak panas sebelum menggoreng.


Selamat mencuba!

[Sumber Foto: Redkebaya]