Kandungan strawberi dalam losyen baik untuk kulit

10 Ogos – Jika anda seseorang yang aktif dan seringkali melakukan aktiviti di luar, anda disyorkan untuk memakai losyen yang mengandungi ekstrak strawberi agar kulit kekal cantik dan sihat.

Khasiat buah strawberi untuk kulit memang sudah lama diketahui semenjak abad ke-18 lagi, apabila buah tersebut mula ditanam di benua Eropah, khususnya negara Perancis. Terdapat beberapa sumber sejarah yang mengatakan bahawa Theresa Tallien, seorang heroin revolusi Perancis gemar bermandi strawberi untuk mengekalkan kulit cantik.

Namun, sejauh manakah fakta ini benar dari segi saintifik?

Menurut penyelidik Universiti Politecnia delle Marche di Itali, Maurizio Battino, kesan ekstrak strawberi sebagai pelindung dari sinar UV telahpun disahkan melalui beberapa kajian yang dibuat.

Pertama sekali, para saintis berbangsa Itali dan Perancis menyediakan kultur sel kulit yang dicampurkan dengan ekstrak strawberi dengan kepekatan 0.05, 0.25, dan 05 miligram per mililiter. Dengan menggunakan cahaya UV, sampel tersebut kemudiannya didedahkan kepada cahaya UV yang bersamaan dengan pancaran terik matahari selama 90 minit di Riviera Perancis.

Data mengesahkan bahawa ekstrak strawberi tersebut bukan sahaja berjaya melindungi sel kulit dari sinar UV, malah ianya juga mampu meningkatkan ketahanan sel dan menurunkan kerosakan yang berlaku pada DNA.

"Aspek tersebut sangat penting kerana ianya boleh melindungi sel kulit dari risiko kanser dan pelbagai jenis masalah dan penyakit kulit yang lain."

Para saintis juga percaya bahawa kemampuan strawberi dalam melindungi kulit adalah disebabkan oleh kandungan pigmen yang dikenali sebagai antosianin yang juga berfungsi memberikan warna merah kepada daun, bunga dan buah-buahan.

Jelas Sara Tulipani, selaku penyelidik dari Universiti Barcelona, kompaun antosianin bersifat antioksidan, antitumor dan berupaya mengurangkan radang kulit.

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya 14 hours ago
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Baltics mull joint TV channel to counter Kremlin's line
    Mike Collier - AFP News
    Baltics mull joint TV channel to counter Kremlin's line 2 hours 13 minutes ago
    Baltics mull joint TV channel to counter Kremlin's line

    Europe's Baltic states are in talks to set up their own Russian-language television channel in a bid to counter the deluge of propaganda aimed at their ethnic Russian populations by Moscow-backed media. Numerous Russian-language media outlets already exist in Estonia, Latvia and Lithuania but most emanate from Russia and toe its line on politics and history -- sensitive issues in a region that endured half a century of Soviet occupation. This month, Latvia and Lithuania each suspended the …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …