Advertisement

Kate Moss muka baru Topshop

Kate Moss muka baru Topshop

21 Apr – Selepas tiga tahun mendiamkan diri, model dan pereka fesyen terkenal, Kate Moss kembali mengeggarkan dunia peragaan apabila dia telah dilantik menjadi muka baru jenama pakaian terkenal dunia Topshop.

Kate yang mula membuat penampilan di arena peragaan pada tahun 1992 telah menyaksikan model ini mengikat kontrak bersama jenama Calvin Klein, di mana kemudian namanya tidak pernah senyap dari dunia peragaan.

Menyedari perkara tersebut, Topshop sekali lagi berkolaborasi dengan ikon fesyen terkenal ini yang pastinya akan menampilkan cita rasa fesyen yang terkini.

Koleksi kali ini akan menyaksikan perincian bulu, rambu, manik-manik berserta sulaman yang sememangnya sinonim dengan Kate, malah turut mempunyai kombinasi personaliti pastinya akan menyerlahkan penampilan.