Kek cawan termahal di dunia bernilai RM2,864.70!

Kek cawan termahal di dunia bernilai RM2,864.70!

29 Ogos – Tahukah anda terdapat sebiji kek cawan yang telah dijual oleh sebuah kedai bakeri di Toronto, Kanada di mana harganya boleh membeli sebuah telefon pintar?

Kek cawan yang berharga RM2,864.70 telah ditempah oleh seorang pelanggan sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-40.

Pencuci mulut comel ini diselaputi dengan hiasan dan bahan mewah seperti bir artisan dan serbuk berlian. Hidangan eksklusif ini turut menggunakan garam laut dari Carmargue di Perancis, kacang vanila Tahiti dan serbuk koko Valhrona.

Selain itu, kek cawan ini juga dihasilkan menggunakan mentega yang dibuat khas di Normandi dan dicampurkan dengan 70% coklat Itali yang dinamakan Amedei dan diperisakan dengan Jamaican Blue Mountain Coffee yang merupakan antara kopi terbaik di dunia.

Menurut Le Dolci, coklat Amedei mempunyai rasa madu, caramel, vanila, pisang dan oren.

Pemilik bakeri Lisa Sanguefolce memberitahu dirinya mahukan pelanggan berasa berbaloi dengan harga yang telah dibayar untuk memiliki kek cawan tersebut.

"Kek cawan itu diletakkan di dalam bekas buatan tangan yang boleh dimakan, dihiasi dengan mutiara serta ditabur dengan serbuk emas 24 karat.

"Selain itu, sebagai kemasan ianya juga diletakkan dahan emas lengkap dengan daun, bunga emas dan gula berlian yang boleh dimakan," ujarnya.