Advertisement

Kekasih baru Shah Jaszle tertekan dituduh perampas

Kekasih baru Shah Jaszle tertekan dituduh perampas

22 Apr – Gadis bernama Hanis Husna kini semakin mendapat perhatian ramai apabila mula menjalinkan hubungan percintaan dengan pelakon, Shah Jaszle.

Kontroversi semakin hangat apabila gadis ini kini dituduh sebagai perampas kerana umum sedia maklum bahawa aktor terbabit pernah bertunang dengan seorang gadis yang bakal bergelar doktor bernama Redzwani Puteri.

Menurut laporan media tempatan, Hanis berasa tertekan dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya berikutan isu hangat ini.

"Orang luar tidak memahami cerita sebenar dan apa yang telah berlaku antara saya, Shah dan tunangnya. Saya menjadi kekasihnya selepas dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Redzwani," ujarnya.

Berikutan kata-kata kurang menyenangkan yang diterima, Hanis dah Shah dilihat telah pun membuang foto mereka bersama yang telah dimuat naik beberapa hari lepas.

Terdahulu, isu hangat ini mula timbul apabila Hanis dan Shah memuat naik foto mereka berdua di laman sosial Instagram masing-masing dan telah mencetuskan reaksi pelbagai pihak termasuk bekas tunangnya.

Perkhabaran terbaru menerusi sumber terdekat dari pihak keluarga Redzwani memaklumkan sudah pun meluahkan hasrat mereka untuk memutuskan pertunangan secara lisan.