Kenali watak-watak baru "Iron Man 3"

17 Mac - Filem ketiga adaptasi superhero Marvel "Iron Man" akan menemui anda tidak lama lagi dan kali ini, kasanova berbaju besi ini akan berdepan dengan musuh yang lebih ekstrem iaitu The Mandarin.

Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Jon Favreau dan Don Cheadle merupakan antara pelakon asal yang akan kembali memegang watak-watak utama. Malangnya, Samuel L. Jackson tidak akan kembali sebagai Nick Frost dan Jon Favreau tidak kembali ke kerusi pengarah. Tapi tidak mengapa, kerana "Iron Man 3" tetap akan 'diserikan' dengan watak-watak terkenal lain termasuk:

Ben Kingsley sebagai The Mandarin
Apa? Seorang bintang kacukan British-Gujerati melakonkan watak antagonis kacukan British-China? Ya, The Mandarin, pemimpin organisasi pengganas antarabangsa yang bakal menjadi seteru utama Iron Man/Tony Stark dalam filem ketiga francais "Iron Man" ini akan dilakonkan oleh Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Academy 1982, Sir Ben Kingsley.

Menurut Kingsley, dia dimaklumkan tentang pemilihannya sebagai watak The Mandarin ketika sedang sibuk dengan penggambaran filem "Ender's Game" dan membuat keputusan untuk mencubanya.

Apa hebatnya The Mandarin berbanding antagonis-antagonis Iron Man yang lain? Pada mulanya, watak The Mandarin ingin dijadikan musuh utama Iron Man dalam filem pertama, tetapi disebabkan karakternya yang ekstrem, pihak penerbit membuat keputusan untuk mengenepikan dulu Mandarin sehingga mereka rasa francais adiwira itu cukup kuat untuk antagonis sedemikian!

Tentang pemilihan Ben Kingsley pula, pengarah "Iron Man 3" Shane Black menjelaskan bahawa mereka membuat keputusan untuk tidak menggunakan khidmat bintang berbangsa cina untuk mengelakkan daripada "stereotaip antagonis genius ala Fu Manchu".

James Badge Dale sebagai Eric Savin / Coldblood
Bintang filem "The Departed", James Badge Dale menjelaskan dengan baik tentang karakternya sebagai Eric Savin/Coldblood dengan mengatakan, "Ben Kingsley (The Mandarin) merupakan suaranya, Guy Pierce (Aldrich Killian) itu otaknya dan saya (Coldblood) adalah kekuatannya."

Sebagai Coldblood, Dale menjelaskan bahawa wataknya serupa tapi tak sama dengan karakter asalnya dalam komik adiwira tersebut.

Dalam komiknya, Eric Savin dibangunkan semula sebagai cyborg Coldblood-7 oleh Dr. Gina Dyson dan doktor bedah Project: Ultra-Tech yang lain. Ia memberikan Savin kuasa luar biasa, kepantasan, stamina dan ketahanan, selain mengukuhkan lagi sistem sarafnya. Coldblood juga mampu berkomunikasi dengan mana-mana sistem komputer maya.

Wang Xueqi sebagai Dr. Wu
Sebelum ini, desas-desus mengatakan bintang Hong Kong, Andy Lau akan melakonkan watak Chen Lu/Radioactive Man. Namun begitu, Andy terpaksa menolak kerana kelahiran anak perempuan sulungnya. Tawaran tersebut diberikan kepada pelakon Tanah Besar China, Wang Xueqi selepas para penerbit terpukau dengan lakonan hebatnya dalam "Bodyguards and Assassins".

Namun begitu, laporan terbaru mengatakan bahawa Wang tidak akan membawakan watak Radioactive Man tetapi bakal melakonkan watak Dr. Wu. Selain Wang, dua lagi pelakon Tanah Besar China, Chen Daoming Chen dan Wu Xiubo dikatakan telah dipertimbangkan untuk menyertai barisan pelakon "Iron Man 3".

Ashley Hamilton sebagai Jack Taggert/Firepower
Anak kepada George Hamilton dan Alana Stewart ini bakal muncul sebagai watak Jack Taggert. Dalam komik asal "Iron Man", Taggert merupakan antara jurutera yang ditugaskan untuk menghasilkan sut eksperimental buat Project: Firepower cetusan Edwin Cord (seteru perniagaan Tony Stark) – yang direka oleh Tentera AS sebagai pertahanan menentang musuh negara.

Malangnya, apabila Iron Man melancarkan Perang Perisainya, program Firepower telah dimodifikasi dengan matlamat utama untuk menghentikan Iron Man.

Sebelum "Iron Man 3", Hamilton juga pernah muncul sebagai peserta dalam rancangan realiti tarian "Dancing with the Stars"!

Guy Pearce sebagai Aldrich Killian
Dalam dunia komik adiwira Marvel, Aldrich Killian merupakan pencipta virus Extremis selain teman saintisnya, Maya Hansen. Dia disyaki mencuri sampel virus tersebut dan menjualnya kepada pihak pengganas.

Pada awalnya, pelakon "Sherlock Holmes", Jude Law telah disenaraikan sebagai calon watak Killian. Namun begitu, watak tersebut akhirnya menjadi milik bintang "Prometheus", Guy Pearce yang mengatakan bahawa dia lebih suka bereksperimentasi dan memilih watak yang berbeza sejak akhir-akhir ini.

Pearce juga mengatakan dia memilih untuk turut serta dalam filem ini disebabkan wataknya yang tidak terlalu penting dan memerlukan dia berada terlalu lama di lokasi penggambaran!

Rebecca Hall sebagai Dr. Maya Hansen
Pelakon berbangsa Inggeris ini tidak asing dalam dunia perfileman, selepas memberikan lakonan yang hebat dalam filem-filem seperti "The Prestige", "Vicky Christina Barcelona" dan "The Town". Namun ini merupakan kali pertama pemenang Anugerah BAFTA ini menyertai sebuah filem adiwira, sebagai Dr. Maya Hansen, yang merupakan seorang daripada pencipta Extremis.

Sebelum pemilihan Hall, dikatakan Gemma Arterton, Diane Kruger dan Isla Fisher juga pernah dipertimbangkan untuk memegang peranan ini. Bintang "Zero Dark Thirty", Jessica Chastain pada mulanya telah dipilih untuk membawakan watak Dr. Hanson tetapi terpaksa menggugurkan namanya dari senarai pelakon kerana terlalu sibuk.

Hall menggambarkan watak Maya Hansen sebagai karakter wanita yang kuat. Jelasnya, dia membuat keputusan untuk menerima tawaran "Iron Man 3" kerana tidak pernah lagi menyertai sebuah filem studio besar sebegini.

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 3 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • Tips, serious and not, for keeping squirrels away
    SARAH WOLFE - Associated Press
    Tips, serious and not, for keeping squirrels away 10 minutes ago
    Tips, serious and not, for keeping squirrels away

    They're vermin to some. Cunning adversaries to others. Squirrels have long been a source of fascination and frustration for gardeners and bird enthusiasts engaged in a near-constant battle to keep them away from the nuts and seeds put out for birds. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …