Keunikan tudung bawal AidiJuma

18 Jun - Sukar untuk mencari tudung bawal yang berkualiti dan menepati citarasa, Datin Norjuma Habib, bekas personaliti TV3 mengambil keputusan untuk mereka sendiri tudung bawal di bawah jenama sendiri yang diberi nama 'AidiJuma'.

Bagi mereka yang tidak tahu mengenai sejarah wujudnya nama 'tudung bawal', ianya berasal dari perkataan inggeris iaitu Voile. Selepas tudung itu dibawa masuk ke pasaran Kelantan, mereka menyebut nama Voile kepada "Bak Woll satu" yang bermaksud tudung voile satu, sehingga tudung tersebut dipanggil menjadi tudung bawal untuk memudahkan peniaga dan pembeli.

Ujar Datin Norjuma Habib atau nama sebenarnya Norjuma Habib Binti Muhammad, dia sukar untuk mencari tudung bawal yang sesuai dengannya untuk ke majlis eksklusif kerana kebanyakkan kedai yang menjual tudung bawal mesti mempunyai kerawang dan corak yang tidak bersesuaian.

"Saya memang dari dahulu lagi gemar memakai tudung bawal namun disebabkan di kedai-kedai menjual tudung pasti menjual tudung yang berkerawang sedangkan saya tidak suka memakai tudung yang ada kerawang di tepi-tepi tudung itu."

"Selalunya, saya beli dan saya akan perbaiki dan jahit semula tudung bawal itu menjadi apa yang saya inginkan."

Dari segi kain pula, Datin Norjuma memberitahu sebelum dia membuka perniagaan, dia terlebih dahulu telah pergi membuat perbandingan di beberapa buah negara antaranya India, China, Indonesia hinggalah ke Jepun.

"Saya telah buat perbandingan terhadap kesemua material kain yang ada di negara mereka. Bagi mereka yang memakai tudung di Indonesia, material kainnya lebih lembik, ini kerana orang di sana memakai tudung dengan awning. Berbeza dengan orang kita tidak berapa gemar memakai tudung dengan awning apabila bertudung bawal. Justeru itu, saya harus mencari kain yang lebih keras agar terletak cantik."

Ujar Datin Norjuma beliau amat teruja melihat perkembangan fesyen tudung di negara kita yang semakin lama semakin berkembang dengan adanya remaja yang begitu pandai bergaya walaupun memakai tudung.

  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 8 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont moves toward labeling of GMO foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont moves toward labeling of GMO foods 22 minutes ago
    Vermont moves toward labeling of GMO foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont lawmakers have passed the country's first state bill to require the labeling of genetically modified foods, underscoring a division between powerful lobbyists for the U.S. food industry and an American public that overwhelmingly says it approves of the idea. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …