Khasiat minyak kelapa sawit

20 Jul - Sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia untuk memasak makanan dengan menggunakan minyak kelapa sawit disebabkan sifatnya yang sesuai dengan masakan makanan tempatan. Mungkin anda berasakan ianya memudaratkan kesihatan, tetapi apa yang anda tidak tahu adalah minyak kelapa sawit sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang menyihatkan. Jadi, anda tidak perlulah mengeluarkan belanja yang banyak semata-mata untuk membeli minyak zaitun ataupun minyak berjenama mahal.

Menurut kajian saintifik, minyak kelapa sawit mengandungi pelbagai lemak, vitamin dan nutrien. Ia tidak mengandungi asid trans-lemak yang selalunya dijumpai di minyak yang telah dihidrogenasi. Nutrien yang terdapat dalam minyak seperti karotin semulajadi, vitamin E dan co-enzim Q10 sebenarnya boleh mengurangkan tahap kolestrol badan di samping boleh mencegah kanser.

Khasiatnya yang kaya dengan Vitamin E telah terbukti boleh melindung arteri, mengurangkan kanser, dan juga mengelakkan sel otak daripada mati selepas menghadapi strok.

Di dalam minyak kelapa sawit, beta-karotin yang merupakan jenis vitamin A bersifat anti-oksidan yang boleh menguatkan sistem imun badan dan boleh mengurangkan risiko katarak, penyakit jantung serta kanser. Beta-karotin ini juga boleh membaikkan penglihatan mata kerana potensinya yang boleh bertukar kepada vitamin A boleh menolong menghasilkan rodopsin, iaitu pigmen penglihatan malam yang terdapat di retina mata.

Antara fakta menarik tentang minyak kelapa sawit yang anda perlu ketahui adalah ianya merupakan sumber tenaga diet yang sangat baik. Seperti minyak buahan dan sayuran yang lain, minyak kelapa sawit juga bebas kolestrol kerana tidak memerlukan proses hidrogenasi untuk melanjutkan jangka hayatnya.

Di samping itu, minyak ini turut merupakan sumber vitamin E anti-oksidan, iaitu elemen yang boleh menolong kulit dan wajah kekal muda. Sifatnya yang anti-trombotik dan melindung kardio turut membolehkan ianya mengurangkan masalah darah beku.

  • Kumpulan pop 1990-an popular
    Hana Ahmad - Tupai
    Kumpulan pop 1990-an popular Sun, Apr 20, 2014 6:03 AM MYT
    Kumpulan pop 1990-an popular

    Dunia muzik tahun 1990-an dipenuhi dengan kumpulan pop lelaki dan wanita seperti Spice Girls, Backstreet Boys, Hanson, Boyzone dan banyak lagi! …

  • Hans Isaac bakal arah filem antarabangsa
    Azizah Saleh - Tupai
    Hans Isaac bakal arah filem antarabangsa Sun, Apr 20, 2014 6:02 AM MYT
    Hans Isaac bakal arah filem antarabangsa

    Pengarah serta penerbit berbakat, Hans bakal mengarahkan filem berbahasa Inggeris. …

  • Dari Hallyu ke Hollywood
    Syahida Kamarudin - Tupai
    Dari Hallyu ke Hollywood Sat, Apr 19, 2014 12:16 AM MYT
    Dari Hallyu ke Hollywood

    Para pelakon Korea Selatan yang berjaya menempa nama dalam industri filem Hollywood. …

  • Radcliffe ‘goes public’ with romance
    Radcliffe ‘goes public’ with romance

    Daniel Radcliffe and Erin Darke are officially dating, according to her rep. …

  • Miley: I don’t want to die dumb
    Cover Media
    Miley: I don’t want to die dumb 12 hours ago
    Miley: I don’t want to die dumb

    Miley Cyrus is educating herself while on bedrest. …

  • Tidur lena dengan SleepPhones
    Azwa Iela - Tupai
    Tidur lena dengan SleepPhones Sun, Apr 20, 2014 6:05 AM MYT
    Tidur lena dengan SleepPhones

    SleepPhones dapat membantu anda untuk mengatasi masalah-masalah yang tidak diingini ketika tidur. …

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya Sat, Apr 19, 2014 12:18 AM MYT
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Obama, family cause a small stir at Easter service
    STACY A. ANDERSON - Associated Press
    Obama, family cause a small stir at Easter service 10 hours ago
    Obama, family cause a small stir at Easter service

    WASHINGTON (AP) — President Barack Obama may have expected a quiet Easter, but his presence rallied a congregation eager to greet him and his family to the front of the church. …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …