Kilafairy & Shakira Idora lancar butik 'Rack'

14 Jun – Pelakon dan juga penyanyi, Kilafairy, 20 dengan rasminya telah membuka butik pakaian dibawah jenama sendiri bersama kakak, Shakira Idora, 22, semalam sebagai jaminan hidup jangka panjang.

Ujar Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan yang ditemui di majlis perasmian butik Rack bertempat di USJ 19 City Mall, Subang Jaya berkata dia bersama kakaknya telah lama menyimpan hasrat untuk memiliki butik pakaian sendiri namun tidak berkesempatan.

"Mama telah membeli lot ini sejak 3 tahun yang lalu, namun tidak berbuat apa-apa kerana ketika itu pusat membeli belah ini hanya menjual barangan digital seperti telefon bimbit, barangan komputer dan kamera. Selepas bertukar pengurusan, pusat membeli belah ini turut bertukar nama dan baru boleh dibenarkan menjual barangan seperti baju dan sebagainya. Bermula dari situ saya dan kakak bercadang dan bersungguh untuk melakukan perniagaan ini yang memang diminati sejak kecil."

Kilafairy turut berkongsi pengalaman mereka mengenai pakaian sendiri dan juga kasut setinggi 5-inci yang terdapat di kedainya.

"Saya dan kakak mereka beberapa helai baju yang ada di sini. Manakala kasut pula, saya mengambil keputusan untuk mereka sendiri kerana merasakan kasut tinggi kegemaran saya agak sukar dijumpai di mana-mana kedai melainkan butik berjenama. Saya inginkan kasut yang tinggi dengan harga yang berpatutan. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk mereka sendiri dan menjualnya dengan harga yang mampu dimilik semua di butik."

Pakaian yang ada diambil dari seluruh negara termasuk Australia dan London turut dijamin kualitinya dengan harga yang mampu untuk dimiliki.

Nama butik pula diambil bersempena dengan minat yang mendalam terhadap kartun fantasi dan Rack bermaksud tanduk, itu adalah simbol kepada minat mereka dalam dunia fesyen.

"Kalau dapat lihat, saya lebih kepada elegan dan lebih gemar dengan warna-warna pastel manakala Shakira lebih kepada rock dan ceria. Simbol tanduk diambil dari 2 cabang yang berbeza dan menjadi satu, dari situlah terbitnya nama Rack.

Kedai yang mula beroperasi semalam turut menjual pakaian remaja wanita, dan bakal menerbitkan barangan lelaki seperti tali pinggang, beg dompet dan baju. Kedai yang terletak di USJ City Mall, Subang Jaya dijaga sepenuhnya oleh Kila sendiri bersama kakaknya.

  • Kumpulan pop 1990-an popular
    Hana Ahmad - Tupai
    Kumpulan pop 1990-an popular Sun, Apr 20, 2014 6:03 AM MYT
    Kumpulan pop 1990-an popular

    Dunia muzik tahun 1990-an dipenuhi dengan kumpulan pop lelaki dan wanita seperti Spice Girls, Backstreet Boys, Hanson, Boyzone dan banyak lagi! …

  • Hans Isaac bakal arah filem antarabangsa
    Azizah Saleh - Tupai
    Hans Isaac bakal arah filem antarabangsa Sun, Apr 20, 2014 6:02 AM MYT
    Hans Isaac bakal arah filem antarabangsa

    Pengarah serta penerbit berbakat, Hans bakal mengarahkan filem berbahasa Inggeris. …

  • Dari Hallyu ke Hollywood
    Syahida Kamarudin - Tupai
    Dari Hallyu ke Hollywood Sat, Apr 19, 2014 12:16 AM MYT
    Dari Hallyu ke Hollywood

    Para pelakon Korea Selatan yang berjaya menempa nama dalam industri filem Hollywood. …

  • Radcliffe ‘goes public’ with romance
    Radcliffe ‘goes public’ with romance

    Daniel Radcliffe and Erin Darke are officially dating, according to her rep. …

  • Miley: I don’t want to die dumb
    Cover Media
    Miley: I don’t want to die dumb 12 hours ago
    Miley: I don’t want to die dumb

    Miley Cyrus is educating herself while on bedrest. …

  • Tidur lena dengan SleepPhones
    Azwa Iela - Tupai
    Tidur lena dengan SleepPhones Sun, Apr 20, 2014 6:05 AM MYT
    Tidur lena dengan SleepPhones

    SleepPhones dapat membantu anda untuk mengatasi masalah-masalah yang tidak diingini ketika tidur. …

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya Sat, Apr 19, 2014 12:18 AM MYT
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Obama, family cause a small stir at Easter service
    STACY A. ANDERSON - Associated Press
    Obama, family cause a small stir at Easter service 10 hours ago
    Obama, family cause a small stir at Easter service

    WASHINGTON (AP) — President Barack Obama may have expected a quiet Easter, but his presence rallied a congregation eager to greet him and his family to the front of the church. …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …