Kisah Belakang Tabir Ratu Cantik Di Pentas “Malaysian Girls”

Apakah ciri-ciri seorang gadis itu untuk melayakkan diri mereka terpilih ke pertandingan ratu cantik di Malaysia? Pernah suatu ketika dahulu apabila kita melarang anak kacukan mewakili negara kerana wajah mereka tidak melambangkan Malaysia. Kita juga melarang gadis beragama Islam menyertainya juga.

 

Walaubagaimanapun, kita tetap menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik. Kimberley Ann Estrop-Legget telah berjaya memenangi peringkat Malaysia dan bertanding ke peringkat Miss Universe 2012 nanti. Tahun lalu, kita cukup berbangga dengan Deborah Henry yang mewakili kita di Miss Universe 2011. Walaupun tewas, nama Deborah telah diramal oleh portal Global Beauties untuk memenangi gelaran tersebut.

 

Pertandingan sedemikian mendapat sambutan di seluruh dunia. Miss Universe ditonton oleh 600 juta orang di seluruh dunia. Filem komedi Miss Congeiality yang dibintangi pelakon Sandra Bullock berjaya mengumpul hasil jualan tiket $700 juta.


Persembahan lagu O Mio Babbino Caro oleh Zoe Taylor memang hebat - Foto oleh Kelab Shashin Fotografi KL
Sungguhpun Malaysian Girls ini sebuah pementasan berbentuk muzikal, ia mengandungi dramanya tersendiri yang merungkai kisah di sebalik tabir pertandingan dalam merebut mahkota yang menjadi idaman semua wanita.

Pementasan berbahasa Inggeris ini mengisahkan Samsara Jaya dan Serenity Billion mempunyai cita-cita yang sama bagi mengadakan satu pertandingan ratu cantik. Mereka menubuhkan Pertandingan Ratu Cantik Malaysian Girls yang memaparkan ciri-ciri unik kecantikan sebenar gadis Malaysia. Malangnya, beberapa minggu sebelum pertandingan bermula, Samsara meninggal dunia. Abang kepada Samsara, Dato Ray Sanjay bersama rakan kongsinya Jasmine Hibiscus ingin mengambilalih penganjuran pertandingan tersebut dengan skala yang lebih besar. Strategi mereka bermula dengan membawa masuk bekas Ratu Australia 1999, Sydney Belle.

 Tarian Bollywood Malaysian Girls menggampakkan penonton - Foto oleh Kelab Shashin Fotografi KL

“Ia menyelami isu-isu penting yang amat relevan kepada masyarakat kita seperti kecantikan paras rupa dan juga identiti rakyat Malaysia”, jelas Joe Hasham OAM selaku pengarah.


Malaysian Girls mungkin berjaya membongkar kisah di belakang tabir penganjuran sesebuah pertandingan ratu cantik. Setiap konflik dirungkai bagi mencari jalan penyelesaian. Apakah yang dicari dalam sesebuah pertandingan ratu cantik di Malaysia? Wajah yang cantik? Budaya yang dibawa? Jatidiri yang diangkat? Atau kecerdikan mereka untuk menjawab setiap soalan mudah bersandarkan tahap IQ yang mereka ada?


Semuanya akan terjawab dalam pementasan yang kini sedang rancak berlangsung di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).


Pementasan ini dijayakan seramai 11 ensemble dan diterajui oleh Tabitha Kong dan Siti Farrah Abdullah bersama Zoe Taylor.


Sebanyak 14 buah lagu dicipta khas untuk pementasan ini yang ditulis oleh Khairil M. Bahar (yang juga bertanggungjawab untuk filem Ciplak, Relationship Status), Ariff Akhir, Ian Chow, Wani Ardy dan Min’z. Pementasan ini akan diiringi oleh enam pemuzik secara langsung.


Malaysia Girls dipentaskan bermula 10 sehingga 30 Disember 2011 di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dan kemudiannya akan dipentaskan di Penang Performing Arts Centre (penangpac) 11-15 Januari 2012.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kris Dayanti pujuk Melly Goeslaw cipta lagu
    Azizah Saleh - Tupai
    Kris Dayanti pujuk Melly Goeslaw cipta lagu 1 hour 40 minutes ago
    Kris Dayanti pujuk Melly Goeslaw cipta lagu

    Diva popular Indonesia ini tampil dengan album terbarunya, "Persembahan Ratu Cinta" yang turut menampilkan single "Bertubi-tubi". …

  • Adik-beradik Paul Walker bantu siapkan "Fast 7"
    Adik-beradik Paul Walker bantu siapkan "Fast 7"

    Penerbit "Fast & Furious 7" mengumumkan mereka akan menyiapkan baki babak yang menampilkan Paul Walker dengan bantuan adik-beradiknya, Caleb dan Cody. …

  • Joe Jones kecam ayah Justin Bieber
    Ashraf Nasser - Tupai
    Joe Jones kecam ayah Justin Bieber 6 hours ago
    Joe Jones kecam ayah Justin Bieber

    Penyanyi popular itu berkata, dia tidak hairan mengapa Justin boleh terlibat dengan pelbagai masalah setelah melihat kehidupan ayahnya. …

  • Emma Stone: Brave women inspire me
    Cover Media
    Emma Stone: Brave women inspire me 7 hours ago
    Emma Stone: Brave women inspire me

    Emma Stone has praised Ellen Page for her brave coming out speech. …

  • Slash slams music videos
    Cover Media
    Slash slams music videos 7 hours ago
    Slash slams music videos

    Slash doesn't enjoy making music videos, even though he knows they're a vital aspect of the music industry. …

  • Makanan yang boleh kawal penyakit
    Azwa Iela - Tupai
    Makanan yang boleh kawal penyakit 7 hours ago
    Makanan yang boleh kawal penyakit

    Di sini kami ingin berkongsi informasi mengenai beberapa jenis makanan yang baik untuk tubuh badan anda. …

  • Rawatan bawah mata dan kedutan!
    Hana Ahmad - Tupai
    Rawatan bawah mata dan kedutan! 7 hours ago
    Rawatan bawah mata dan kedutan!

    Masalah lingkaran hitam bawah mata serta kedutan boleh diatasi dengan mengamalkan tips-tips mudah berikut. …

  • Tip fesyen buat si gadis comel
    Azizah Saleh - Tupai
    Tip fesyen buat si gadis comel Tue, Apr 15, 2014 4:20 PM MYT
    Tip fesyen buat si gadis comel

    Anda sering digelar gebu, bulat, tembam, comel mahupun 'chubby'? Nah...tutup sahaja telinga anda wahai si gadis anggun lagi bertuah! Ayuh kenali fesyen yang sesuai buat diri anda. …

  • UK PM's former media aide tells court he heard hacked messages
    UK PM's former media aide tells court he heard hacked messages

    Andy Coulson, the former media chief to British Prime Minister David Cameron, said on Wednesday he had been played a recording of hacked voicemail messages left by the country's then interior minister as far back as 2004. Coulson, who was editing Rupert Murdoch's now defunct News of the World tabloid at the time, is on trial for conspiring to hack into voicemail messages and paying public officials, in a case that has shaken the British media and political establishment. Coulson has denied …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.