"Kisah Paling Gangster" Shaheizy Sam

29 Apr – Watak sebagai gangster atau gangster komedi sememangnya sudah sinonim dengan pelakon popular, Shaheizy Sam atau lebih dikenali dengan panggilan Sam.

Oleh kerana itu, Sam sekali lagi diberi tawaran untuk membintangi filem baru arahan Brondo Lee "Kisah Paling Gangster" sebagai peneraju filem yang bergandingan dengan pelakon baru yang semakin popular, Wawa Zainal.

"Watak ini berbeza kerana dari aspek pembangunan karakter itu sendiri peranan saya ada lapisan corak hidup untuk ditunjukkan. Filem ini adalah kisah kehidupan watak tersebut melalui pelbagai cabaran, dan ia bukan sebarangan gangster.

"Watak yang saya bawa dalam filem ini berbeza berbanding "Kongsi", "Songlap" atau "8 Jam" kerana watak saya hanya ada satu lapisan cerita dan tujuan. Sebaliknya kali ini, saya perlu bermain dengan banyak emosi dan fizikal," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem "Kisah Paling Gangster" di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya pengalamannya bekerja dengan pengarah yang pernah menerbitkan filem "Love Matters" dan "Aku Tak Bodoh", Sam memberitahu dia senang bekerja dengan Brando kerana dia tahu apa yang dimahukannya.

Selain Sam dan Wawa Zainal, filem terbitan B&L Kreatif ini turut akan membariskan Wan Hanafi Su, Razib Salimin, Shajiry, Zul Suphian, Fyza Kader, Epy Raja Lawak, Alex Yanz dan Mikael Andre.

Dalam perkembangan lain, Sam bakal menjalani penggambaran filem terbaru arahan Bernard Chauly "Manisnya Cinta" di Turki pada 25 Mei depan.

  • Fiza, Adam kini sudah berbaik semula?
    Azizah Saleh - Tupai
    Fiza, Adam kini sudah berbaik semula? 4 hours ago
    Fiza, Adam kini sudah berbaik semula?

    Hubungan suami isteri pasangan Fiza Halim dan Adam AF dikatakan sudah pulih semula. …

  • Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac?
    Azizah Saleh - Tupai
    Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac? Thu, Apr 24, 2014 12:13 PM MYT
    Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac?

    Mereka dikatakan telah bercinta semula kerana Hans memuat naik gambar mereka bersama keluarga masing-masing. …

  • Hafiz Suip nafi ambil dadah
    Azizah Saleh - Tupai
    Hafiz Suip nafi ambil dadah Thu, Apr 24, 2014 11:39 AM MYT
    Hafiz Suip nafi ambil dadah

    Penyanyi popular, Hafiz Suip didakwa mengambil dadah kerana dilihat semakin kurus sejak kebelakangan ini. …

  • Naomi Campbell on harsh shoot
    Cover Media
    Naomi Campbell on harsh shoot 7 hours ago
    Naomi Campbell on harsh shoot

    Naomi Campbell has opened up about one of the hardest shoots she's done. …

  • Emma Stone's new bangs
    Cover Media
    Emma Stone's new bangs 7 hours ago
    Emma Stone's new bangs

    Emma Stone debuted a new hairstyle as she glowed at the premiere of her new film yesterday. …