Klise Dunia Hiburan Menjelang Raya

Selepas hampir sebulan kita berpuasa, kini Syawal bakal menjelma. Ibu dan ayah di kampung mula menelefon dan bertanya bila anda akan pulang. Setiap kompleks membeli-belah sudah mula memainkan lagu-lagu raya. Waktu maghrib akan diharumkan dengan wangian minyak attar dan setiap rumah pula diselimuti bau rendang atau biskut yang sedang dibakar dalam ketuhar.

Namun setiap kali ia menjelma, rutin yang sama akan berlaku dalam media massa. Dari kisah raya artis Malaysia hingga lagu-lagu malar segar yang dinyanyikan semula, kami senaraikan sepuluh perkara klise artis yang menghiasi raya anda.

1. Kisah artis baru menyambut ramadhan kali pertama sebagai artis

Apa yang akan anda temui di majalah-majalah pada musim raya ini? Tentu sekali kisah artis baru yang bakal beraya kali pertama sebagai artis atau kali pertama beraya sebagai artis popular. Tidak akan lengkap raya anda jika tidak membaca artikel tentang artis A atau artis B yang teruja untuk menyambut hari raya pertama bersama para peminat.

2. Kisah artis berpuasa zaman kanak2

Adakah semua orang tertanya-tanya tentang kisah zaman kanak-kanak artis? Kita tidak akan tahu. Tapi sudah tentu ia menjadi soalan yang paling mudah untuk ditanyakan wartawan pada semua artis. Yang paling pelik, ada pula yang bangga bercerita saat mereka ponteng puasa di zaman remaja. Err... ada cerita yang dikira lucu. Tapi ada pula cerita yang dikira sebagai membuka pekung di dada, dik.

3. Kisah artis membuat perancangan untuk persiapan ramadan

Artis A merancang untuk melakukan lebih banyak kerja amal pada bulan Ramadhan. Artis B pula ingin mengurangkan aktiviti nyanyian. Artis C pula akan mengurangkan saiz belahan dada pakaian mereka seinci untuk menghormati bulan yang mulia ini. Apa-apa pun, kisah-kisah sedemikian akan muncul di kaca TV, majalah atau akhbar pilihan anda.

4. Kisah artis membuat persiapan untuk hari raya

Berapa pasang baju raya untuk anak-anak artis A? Adakah B akan pulang ke kampungnya atau beraya bersama suami? Atau mungkinkah pengacara C tidak akan kembali ke kampung kerana tuntutan kerja membaca kad ucapan di kaca televisyen pada malam raya? Berapa duit raya yang perlu hero filem D berikan selepas kejayaan filemnya akhir tahun lalu? Itulah kebanyakan kisah yang menghiasi kita sepanjang sebulan berpuasa.

5. Filem-filem dan drama raya

Tentu sekali tidak lengkap raya tanpa filem-filem berunsur komedi yang memenuhi pawagam berdekatan dan drama-drama keinsafan bercorak lucu yang menghiasi siaran televisyen. Anda tidak ada pilihan. Genre filem raya sudah tentu komedi dengan judul seperti "Raya Dah Dekat" atau "Malam Ini Penyu Beraya". Dramanya pula pasti berkisar tentang penjual biskut Almond London berjudul "Almond London Kak Kiah" atau kisah dua orang pemuda kacak menjual lemang dan ketupat segera di kaca televisyen berjudul "Lemang Aidil dan Rendang Fitri". Tapi harus kami katakan, tidak akan ada bezanya dengan kisah-kisah tahun lalu dan tahun sebelumnya.

Hmmm... mungkin kami patut menulis skrip untuk tajuk-tajuk berkenaan. ** Tajuk-tajuk filem dan drama ini hanyalah rekaan penulis semata-mata.

6. Kisah artis baru berkahwin beraya sebagai pasangan

Anda tertanya-tanya apa persiapan Lisa Surihani dan Yusry KRU? Irma Hasmie dan suaminya Redza Shah? Pasangan Schawal? Fasha dan Jejai? Biar kami yang huraikan. Mereka pasti teruja kerana kali pertama meraikannya bersama. Mereka pasti tidak sabar untuk mengalami suasana baru beraya bersama mertua. Mereka pasti melakukan persiapan ala kadar kerana hari raya bukan masanya untuk membazir. Nah, kami sudah berikan jawapannya.

7. Gambar baju raya artis

Inilah masanya untuk anda melihat pereka fesyen Malaysia memberikan sentuhan baru pada gaya lama. Anda juga boleh mengetahui apakah fesyen baju raya terkini daripada pilihan artis-artis. Contohnya pada tahun 2010, fesyen jubah kelawar menjadi pilihan ramai. Dua tahun sebelumnya, kebaya nyonya merupakan gaya teratas dalam senarai baju raya.

8. Gambar artis di depan hidangan raya sambil bersalam-salaman

Tidak lengkap Ramadan dan Syawal anda tanpa gambar-gambar selebriti kesayangan anda bergambar bersama rakan artis dari syarikat rakaman mereka. Tidak lengkap tanpa gambar beramai-ramai di depan juadah raya sambil suap-menyuap, gambar di serambi rumah kampung sambil menuding ke langit atau bergambar di laman yang dikelilingi pelita sambil bersalam-salaman.

9. Artis menyanyikan lagu raya dengan nafas baru

Sesebuah lagu raya diibaratkan sebotol tempoyak. Ia tidak akan diterima jika dikeluarkan pada waktu yang singkat. Anda perlu peram lagu itu lama-lama sebelum ia menjadi cukup lazat untuk diulang setiap tahun. Jadi sementara lagu-lagu raya baru diperam untuk menyedapkan rasa, apa yang artis kegemaran anda boleh lakukan ialah menyanyikan semula lagu-lagu raya lama dendangan Sharifah Aini, Sanisah Huri dan Hail Amir yang malar segar (dengan nafas baru, jangan lupa!) sehingga lagu mereka yang dikeluarkan pada tahun 2002 sudah cukup lama dan mencapai status malar segar pula oleh artis-artis baru pada tahun 2012. Jika tidak, simpan lagi sehingga tahun 2022.

10. Rancangan raya artis keluaran realiti TV

Kini tanpa "Akademi Fantasi", tiada lagi rancangan istimewa raya AF, kan? Rancangan raya di televisyen terasa seperti ada kurangnya pula, kan? Jangan risau. Masih ada banyak rancangan realiti televisyen lain yang boleh dijadikan "Istimewa Aidil Fitri" kan? Masih ada rancangan lain. Mungkin "Mentor Raya"? "Mania Lebaran"? "Versus Aidilfitri"? "Raja Lawak Minal Aidil wal Faizin"? Kami jamin, satu daripada nama rancangan yang kami sebut ini pasti akan wujud Syawal ini.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 21 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont ups the ante on genetically modified foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont ups the ante on genetically modified foods 14 minutes ago
    Vermont ups the ante on genetically modified foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont has raised the stakes in the debate over genetically modified foods by becoming the first state to pass a bill requiring that they be labeled as such in the grocery aisle, making the move despite the opposition of the powerful U.S. food industry. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.