Konflik Qi dan Yuna bukan gara-gara pihak ketiga


SELEBRITI Qi Razali atau lebih dikenali dengan nama Qi sebelum ini begitu sinonim dengan nama penyanyi terkenal Yuna. Ini kerana mereka berdua pernah menjadi pasangan kekasih untuk tempoh yang agak lama.

Ketika hangat bercinta, Qi pernah menghabiskan masa bercuti bersama keluarga Yuna di beberapa buah negara sekitar Eropah tahun lalu. Nampak seperti serasi bersama, namun hubungan cinta mereka terputus beberapa bulan lalu.
 
Baik Qi, mahupun Yuna, kedua-duanya hanya mengaku hubungan mereka telah putus tanpa memberi penjelasan tentang hal tersebut. Bagaimanapun, spekulasi tercetus kononnya Qi dan Yuna putus cinta kerana kehadiran orang ketiga di sebelah pihak Qi iaitu pelakon muda, Nelydia Senrose.

BACA:
Apakah sebab Qi dan Yuna berpisah?

Yuna kini sedang bercinta dengan jejaka US?
Qi pernah rancang untuk menimang Yuna
Nora Danish jelas hubungannya dengan Qi

 
Namun, pengacara program ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ terbitan TV3 itu sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut.

“Hubungan saya dengan Yuna putus bukan kerana orang ketiga atau Nelydia. Sebaliknya, hubungan kami putus kerana percintaan jarak jauh. Saya berharap selepas ini, jangan kait atau bangkitkan isu saya dengan Yuna lagi kerana kami telah membawa haluan masing-masing,” ujar Qi.
 
Katanya: “Kami berkawan sudah hampir setahun, tetapi baru empat bulan kebelakangan ini menjadi lebih serius. Saya sukakan dia kerana kematangannya walaupun baru berusia 19 tahun.”
 
Qi turut mengakui yang beliau kini sedang dalam proses mengenali hati budi Nelydia yang terkenal menerusi drama ‘Hingga Hujung Nyawa’, hakikatnya Yuna sendiri dilihat begitu bahagia bersama jurugambar peribadinya, Jules Schratter.
 
Bagi Yuna bagaimanapun tidak pernah mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Jules yang telah mengikutnya pulang ke kampung selain telah dihadiahkan sehelai baju melayu oleh ibu penyanyi tersebut baru-baru ini.

Umum mengetahui yang Yuna kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat dan sedang sibuk dengan rangka promosi single terbarunya berjudul, ‘I Wanna Go’.