Konsep cinta rohani dalam HACKS

  • Boston Officials: No Bags at Marathon

    Boston Officials: No Bags at Marathon

    Boston Officials: No Bags at Marathon

    Authorities in Boston are asking marathon runners and spectators to comply with new rules and avoid bringing bags, costumes, and bulky items to the 26.2 mile course on Monday. (April 16) …

  • Swift's Bus Drives Into Country Hall of Fame

    Swift's Bus Drives Into Country Hall of Fame

    Swift's Bus Drives Into Country Hall of Fame

    An expansion of the Country Music Hall of Fame and Museum in Nashville has now doubled the building's size, allowing for more contemporary and interactive exhibits, including a replica Taylor Swift tour bus. (April 16) …

  • White anarkali Shraddha Kapoor

    White anarkali Shraddha Kapoor

    White anarkali Shraddha Kapoor

    One of the youngest kapoor ladies in town Shraddha Kapoor recently turned white sexy anarkali for ace designer Rohit Bal. …

Selepas bertahun-tahun bekerja di sebalik tabir dalam industri perfileman tempatan, Ahmad Rusli Mohamed Khadri atau lebih dikenali sebagai Abang Ollynn lebih selesa memikul tanggungjawab sebagai seorang pengarah. Bulan Jun tahun ini menyaksikan dua buah filem daripada pengarah kelahiran Kuantan, Pahang ini iaitu "X: Janda-Jandaku Gangster" dan "Hanya Aku Cinta Kau Seorang" (HACKS) ditayangkan di pawagam tempatan.

Ikuti temubual kami bersama Ahmad Rusli Mohamed Khadri yang diadakan di majlis pra-tonton filem HACKS pada 18 Jun 2012 di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Bagaimanakah anda memulakan karier anda sebagai seorang pengarah?
Sebenarnya saya memulakan karier saya dengan melakukan pelbagai kerja produksi untuk kumpulan muzik dan kemudiannya mula berkecimpung dalam industri filem terutama sekali dalam kerja grafik selama beberapa tahun. Usaha saya telah mendapat perhatian beberapa nama dalam industri ini. Malah rakan-rakan saya turut memperkenalkan saya kepada mereka atas potensi yang saya miliki. Saya berusaha keras lalu mendapat peluang untuk bergelar seorang pengarah.

Kami sudah menonton filem sulung anda, "X: Janda-Jandaku Gangster" pada awal Jun. Kini anda tampil dengan filem kedua anda, "Hanyu Aku Cinta Kau Seorang". Apakah perasaan anda?
Gementar. Saya dan produksi telah bertungkus-lumus bagi menghasilkan filem ini. Kami memang tidak sabar untuk ia dipertontonkan kepada umum. Namun pada masa yang sama, kami dapat merasakan tekanan untuk mengetahui maklum balas penonton.

Apakah yang menjadi sumber inspirasi anda dalam menghasilkan filem HACKS?
Keindahan hubungan antara sahabat dan cinta. Saya ingin penonton untuk mendapatkan pendedahan tentang konsep cinta rohani. Semua orang pasti tertanya bagaimana seorang individu boleh menjaga hubungan persahabatan dan cinta bersama seseorang dalam kehidupan hariannya. Filem ini merupakan jawapan kepada mereka.

Apakah keistimewaan tentang filem ini yang mampu menarik perhatian penonton?
Sebenarnya tema filem ini bukanlah sesuatu yang istimewa kerana ia seringkali digunakan oleh pembikin filem Hollywood sebelum ini. Saya hanya ingin membuat sebuah filem yang boleh mengingatkan penonton betapa hebatnya sesebuah hubungan yang akrab tanpa melibatkan hubungan seksual. Saya berharap para penonton boleh mula berfikir sama ada cinta boleh bertahan tanpa persahabatan atau sebaliknya setelah menonton filem ini.

Apakah pendapat anda tentang lakonan Aeril Zafrel dalam HACKS?
Beliau telah memberikan lakonan yang baik untuk wataknya. Aeril mempunyai banyak potensi serta perkembangan memberangsangkan dalam industri ini. Kami telah bercadang untuk membawanya ke peringkat yang seterusnya dalam filem ini.

Bagaimana pula dengan Nuremy Ramli?
Ini bukanlah kali pertama kami bekerjasama. Saya mengenalinya sebelum itu lagi dan saya rasa sangat berpuas hati melihat beliau mengendalikan wataknya dengan baik sekali.

Anda ada terlibat dengan sebarang projek baru selepas filem HACKS ditayangkan di pawagam?
Ya, saya sedang terlibat dengan pembikinan filem berjudul "Strawberi Cinta" yang akan diterajui oleh Pierre Andre, Yana Samsudin dan ramai lagi.

Sebelum mengakhiri temubual ini, boleh kami tahu apakah filem kegemaran anda untuk tahun 2012?
Semestinya saya memilih "Men In Black III". Sudah lama saya mengikuti filem francais terkenal itu. Memang ada sedikit kekurang dalam filem itu, namun ia tidak memberi banyak kesan terhadap filem tersebut. Saya masih sukakannya.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda.
Sama-sama!

"Hanya Aku Cinta Kau Seorang" sudah ditayangkan di pawagam bermula 21 Jun 2012!

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Makanan yang boleh kawal penyakit
    Azwa Iela - Tupai
    Makanan yang boleh kawal penyakit 13 hours ago
    Makanan yang boleh kawal penyakit

    Di sini kami ingin berkongsi informasi mengenai beberapa jenis makanan yang baik untuk tubuh badan anda. …

  • Rawatan bawah mata dan kedutan!
    Hana Ahmad - Tupai
    Rawatan bawah mata dan kedutan! 13 hours ago
    Rawatan bawah mata dan kedutan!

    Masalah lingkaran hitam bawah mata serta kedutan boleh diatasi dengan mengamalkan tips-tips mudah berikut. …

  • Tip fesyen buat si gadis comel
    Azizah Saleh - Tupai
    Tip fesyen buat si gadis comel Tue, Apr 15, 2014 4:20 PM MYT
    Tip fesyen buat si gadis comel

    Anda sering digelar gebu, bulat, tembam, comel mahupun 'chubby'? Nah...tutup sahaja telinga anda wahai si gadis anggun lagi bertuah! Ayuh kenali fesyen yang sesuai buat diri anda. …

  • Spiking chocolate truffles with tea and basil
    ALISON LADMAN - Associated Press
    Spiking chocolate truffles with tea and basil 19 minutes ago
    Spiking chocolate truffles with tea and basil

    Chocolate truffles with tea and fresh basil? Yes! …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.