Kopi singkirkan selulit dan berikan kulit lembut

Kopi singkirkan selulit dan berikan kulit lembut

21 Nov – Selulit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah selebriti atau model jelita. Namun bagaimanakah anda boleh menyingkirkan atau mengurangkannya dengan rawatan mudah di rumah? Skrub kopi!

Selulit adalah musuh nombor satu kafein kerana ia bukan sahaja menganjalkan kulit, ia turut mengandungi antioksidan. Jika anda mengamalkan skrub kopi dengan kerap, anda boleh melihat pengurangan selulit pada tubuh badan anda.

Skrab kopi ini telah menjadi kegemaran selebriti terkenal seperti Miranda Kerr, Elle Macpherson dan juga Kendall Jenner.

Dipetik daripada Elle, kami berkongsi cara mudah menghasilkan skrub kopi dengan pelembap yang sesuai pada kulit anda.

Anda memerlukan kopi, minyak kelapa, garam laut atau gula, bekas kosong serta berus kering (tidak diwajibkan).

Campurkan semua bahan dan gaulkannya sehingga serasi, kemudian masukkan ke dalam bekas kosong untuk kegunaan anda pada masa akan datang.

Sebelum mandi, anda digalakkan memberus badan anda dengan perlahan agar pergerakan darah berjalan lancar serta kulit mengelupas. Selepas itu ketika mandi, sapukan skrub kopi itu pada badan anda dan urut. Lakukan setiap kali mandi untuk kesan yang lebih cepat.

[Sumber Foto: Off Beat And Inspired]