Krisdayanti bahagia bersama keluarga baru

19 Feb – Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti mengakui bahawa dirinya bahagia dengan kehidupan bersama suami baru dan anak perempuan yang dilahirkannya tahun lalu, seperti dipetik daripada laporan Kapan Lagi.

Walaupun menetap di Dili, Timor Leste, dia bersyukur kerana suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Raul Lemos memberi izin untuk meneruskan kariernya dalam bidang nyanyian selepas melahirkan Ariannha Amora Lemos pada 5 September 2011.

"Alhamdulillah sejak daripada menikah dan melahirkan anak, kehidupan saya bahagia. Suami memberi saya izin dan sokongan untuk meneruskan karier saya asalkan bijak membahagi masa untuk keluarga.

"Saya gembira kerana kehidupan saya kini jauh lebih bahagia selepas berkahwin dengan Raul dan mempunyai cahaya mata. Jika sebelum ini saya seringkali mendapatkan bantuan ibu dalam hal-hal sebegini. Namun oleh kerana kesihatan ibu kurang baik, saya perlu menguruskan Amora sendirian," ujar bekas isteri kepada penyanyi Anang Hermansyah ketika ditemui di Alfamart Podomoro City, Jakarta Barat.

Walaupun sibuk dengan keluarga, penyanyi yang bakal menjangkau usia 37 tahun pada 24 Mac ini masih memberi tumpuan terhadap single terbarunya.

Pada masa yang sama, Krisdayanti sempat berkongsi rasa senang dan gembira apabila kekasih kepada bekas suaminya, Ashanty mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anaknya hasil perkahwinan dengan Anang iaitu Titania Aurelie Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah.

"Aurel dan Azriel sudah tidak sabar untuk mereka berkahwin kerana sangat mendambakan sebuah keluarga yang utuh. Saya berterima kasih kepada Anang dan juga Ashanty yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak saya.

"Saya bersyukur kerana Ashanty boleh memberi perhatian kepada Aurel dan Azriel. Mereka seringkali bercerita bahawa Ashanty mempunyai sifat keibuan," akhiri penyanyi "Menghitung Hari" ini lagi.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 21 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Warhol digital images from 1985 revealed by Pittsburgh computer club
    Warhol digital images from 1985 revealed by Pittsburgh computer club

    By Elizabeth Daley PITTSBURGH (Reuters) - Previously unknown digital work made by pop artist Andy Warhol was resurrected from aging floppy disks by forensic computer experts from Carnegie Mellon University, the school announced on Thursday. They depict common Warhol subjects including Campbell's Soup cans, self portraits, bananas and Marilyn Monroe as well as doodles and camera shots of a desktop. Carnegie Mellon art professor Golan Levin said the work was recovered thanks in part to someone …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.