Kurus dengan hanya semburan minyak wangi

2 Ogos – Kini, pemakanan terhad serta senaman yang memenatkan bukanlah satu-satunya cara pelangsingan badan yang efektif. Ini kerana pembuat wangian jenama Perancis berjaya membuktikan bahawa berat badan boleh dikurangkan hanya dengan satu semburan.

Menurut pembuat wangian Velds 'Prends-Moi', endorfin-B yang meresap ke dalam kulit berfungsi melegakan perasaan di samping dapat mengurangkan tekanan perasaan. Sebagai kesan, nafsu makan pengguna akan turun.

Wangian tersebut turut mengandungi ekstrak kafein, karnitin dan spirulina yang dikatakan merupakan enzim yang boleh merangsang proses lipolisis atau dalam kata lain, memecahkan lemak.

Seperti yang dijelaskan dalam laman web Velds, ujian saintifik telahpun dijalankan dalam membuktikan keberkesanan wangian tersebut.

Selaras dengan kajian yang dibuat ke atas wanita berumur 18 hingga 75 tahun, Pusat Penyelidikan Biologi dan Pengujikajian Kulit melaporkan bahawa sebanyak 82% wanita dalam golongan itu berasa lega setelah menggunakan wangian tersebut. 75% lagi merasakan selera makan berkurangan setelah menggunakan wangian selama 28 hari.

Untuk mendapatkan kesan yang efektif, pengguna perlu menyembur wangian pada waktu pagi atau malam dan apabila nafsu makan mula naik. Memang kedengaran agak aneh tetapi inilah kaedah menguruskan badan yang terbaru.

  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 15 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Museum housing Henry VIII's flagship up for British award
    Museum housing Henry VIII's flagship up for British award

    A museum in the British city of Portsmouth that displays the salvaged hulk of King Henry VIII's flagship "Mary Rose", which sank in an attack on a French invasion fleet in 1545, is among the six finalists named on Thursday for a 100,000-pound prize. The Mary Rose Museum made the shortlist for Museum of the Year, the Art Fund charity said, for its "extraordinary and elegant" exhibition of the ship, which was rediscovered in 1971 and salvaged in one of the costliest such operations in history. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …