Advertisement

Kylie Jenner kecewa tuduhan buat pembedahan plastik

Kylie Jenner kecewa tuduhan buat pembedahan plastik

15 Apr – Adik kepada bintang televisyen realiti popular Kim Kardashian, Kylie Jenner mengakui kecewa dengan dakwaan yang mengatakan dia telah melakukan pembedahan plastik.

"Jujurnya khabar angin tentang pembedahan plastik ini membuat saya kecil hati dan agak menghinakan," ujarnya menerusi akaun Twitter.

Baru-baru ini gadis berusia 16 tahun ini dikatakan telah melakukan beberapa prosedur kecantikan antaranya pembedahan hidung serta suntikan pada bibir.

Malah Jenner turut menegaskan dia masih lagi muda untuk melakukan perkara tersebut.

Ini bukan kali pertama keluarga Kardashian-Jenner dikaitkan dengan khabar angin sebegini.

Kim sebelum ini dikatakan telah melakukan pembedahan pada hidung, buah dada dan juga memasukkan implan pada bahagian punggung, manakala Khloe pula dikatakan melakukan suntikan pada bibir.