Lapan cara 'hijaukan' rutin harian kecantikanmu!


Melihat pada kondisi bumi kita yang semakin hari semakin 'tua', adalah penting untuk kita semua menjadi individu yang bertanggungjawab dan segera melakukan peranan kita untuk menghijaukan kembali dunia. Kebanyakan keluarga memahami kepentingan kitar semula di rumah, larangan membuang sampah di merata-rata dan mencemarkan udara.

Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa cara untuk kekal 'hijau' meskipun dalam rutin kecantikan harian anda? Jika anda seorang yang gemar menggunakan barangan kosmetik yang selamat ataupun mencari produk mekap dan penjagaan kulit yang diperbuat daripada bahan semulajadi, tips di bawah boleh membantu anda untuk menjadi 'Little Miss Green & Beauty' (L.M.G.B).

Selamat mencuba!

1. Berjimat ketika mandi

Salah satu cara mudah untuk kekal 'mesra alam' adalah dengan berjimat-cermat menggunakan air. Anda boleh melakukan langkah mudah ini dengan meminimumkan masa mandi anda. Jika anda tidak mahu membazirkan air, pertimbangkan masa mandi anda daripada berdiri mengelamun depan cermin atau di 'kerusi termenung' dengan air melimpah ruah. Mulakan rutin mandi anda dengan memakai bersabun dan memakai syampu serentak. Apabila anda mulai menjadikan cara ini sebagai rutin harian anda, tanpa anda sedari anda telah pun menjimatkan bertan-tan air setiap tahun. Tahniah!

2. Masker wajah segar dari rumah

Percayalah, tidak akan ada produk kecantikan yang lebih hijau dan mesra alam daripada masker wajah buatan sendiri terus dari dapur. Masker buatan sendiri tidak hanya membantu anda menjauhi bahan kimia merbahaya, bahkan ia boleh membantu menyihatkan kulit wajah anda secara semulajadi. Mudah saja, buatlah pes wajah yang dibuat daripada soda penaik dan air atau epal dicampur dengan madu. Langkah mudah dan jimat ini bukan saja selamat, malah turut menjimatkan wang.

3. Guna minyak kelapa, lupakan losyen!

Daripada membelanjakan sejumlah wang membeli berbotol-botol losyen mahal, apakata anda cuba menggunakan minyak kelapa? Simpan ia dalam bekas yang dikitar semula atau isikan saja dalam bekas losyen kosong. Minyak kelapa adalah bahan pepejal, tetapi jika anda meletakkannya di bilik mandi, ia akan tersejat dan anda boleh oleskan kulit tersebut di seluruh tubuh. Jangan tak tahu, model Victoria's Secret merangkap isteri aktor Orlando Bloom, Miranda Kerr menjadikan minyak kelapa sebagai rahsia dan regim kecantikan hariannya. Menurut Miranda, dia menggunakan minyak tersebut daripada hujung kaki hingga hujung rambut malah turut membantunya menurunkan berta badan selepas bersalin.

"Saya tidak boleh hidup tanpa minyak kelapa. Saya selalunya akan mengambil empat sudu makan minyak kelapa setiap hari, sama ada diletakkan di salad, dalam masakan atau dalam cawan teh hijau." – Miranda Kerr

4. Minyak zaitun sebagai penanggal mekap

Kebanyakan penanggal mekap mengandungi bahan pencemar kulit yang sememangnya menghilangkan kesan mekap, tapi dalam masa yang sama memudaratkan kulit. Walaubagaimanapun, jangan risau dan cuba selak kabinet rumah, ibu anda pasti ada menyimpan minyak zaitun. Ala, benda yang selalu guna buat salad dan spageti tu. Apa tunggu lagi, letakkan minyak zaitun di atas kapas muka dan mulakanlah kerja-kerja pembersihan wajah. Minyak zaitun merupakan penanggal mekap paling berkesan yang tidak hanya natural bahkan selamat pada kulit, Ianya dengan mudah menanggalkan kesan celak mata, maskara kalis air, kesan calitan gincu serta alat kosmetik lain.

5. Haluskan kulit anda dengan witch-hazel

Kebanyakan wanita daripada pelbagai lapisan usia pastinya akan berdepan dengan masalah jerawat di wajah, dada, leher dan pada bahagian belakang tubuh mereka. Jadi tidak hairanlah ramai yang terkejar-kejar untuk mendapatkan rawatan menangani masalah tersebut walhal kebanyakan daripada produk tersebut mengandungi bahan kimia yang sangat kuat. Witch-hazel atau lebih dikenali sebagai Hamamelis, sejenis tumbuhan berbunga kuning dan keras yang tumbuh renek di Asia dan Amerika Utara boleh menjadi produk alternatif merawat masalah ini. Selain merawat jerawat, ia juga boleh meredakan bengkak dan keradangan, senak dan kesan gigitan serangga. Gosokkan ia ke wajah, leher, dada dan belakang anda untuk merawat jerawat tiga kali seminggu. Sekiranya sukar mendapatkan tumbuhan ini, jangan risau kerana terdapat beberapa pengeluar produk kecantikan berasaskan bahan semulajadi turut menghasilkan krim dan toner diperbuat daripada witch-hazel.

6. Beli produk mesra alam, ayuh selamatkan bumi!

Selain malas, kesibukan kerja menjadi salah satu faktor masih ramai yang memilih untuk membeli produk kecantikan di butik-butik kecantikan atau kedai penjagaan kulit berbanding membuatnya sendiri di rumah. Kalau anda masih mahu meneruskan peranan anda sebagai L.M.G.B, belilah produk daripada syarikat yang turut mengamalkan prinsip 'hijau' atau 'selamatkan bumi' dengan kandungan bahan-bahan kecantikannya sehinggalah ke pembungkusan. Body Shop misalnya adalah salah satu jenama yang mengamalkan kempen hijau dan semulajadi.

7. Back to basic – kembali kepada sabun buku

Semakin hari semakin banyak syarikat yang menghasilkan aneka cecair atau gel mandian (body shower). Menggunakan sabun buku adalah satu pilihan 'hijau'. Apabila anda menggunakan cecair mandian, anda akan meninggalkan botol kosong yang hanya akan dibuang begitu saja sebaik gel mandian anda habis. Anda barangkali boleh menggunakan botol tersebut dan diisi semula dengan cecair mandian (isian semula). Namun ia tetap meninggalkan bekas semula yang selalunya diperbuat daripada plastik.

8. Amalkan 2-in-1

Bagi mengelakkan anda membeli pelbagai produk yang hanya memberikan anda hasil yang sama dan sebagai cara untuk mengurangkan penggunaan botol atau bekas berlebihan, cuba fikirkan bagaimana untuk mempelbagaikan fungsi produk tersebut. Sebagai contoh, perapi rambut boleh diguna pakai sebagai krim pencukur dan skrub muka boleh digunakan sebagai skrub bibir (guna dalam kuantiti yang sedikit).

  • Kate Moss muka baru Topshop
    Azwa Iela - Tupai
    Kate Moss muka baru Topshop 5 hours ago
    Kate Moss muka baru Topshop

    Model terkenal ini telah dilantik oleh jenama pakaian terkemuka dunia Topshop untuk menjadi muka baru. …

  • Tips bercukur dengan betul!
    Azwa Iela - Tupai
    Tips bercukur dengan betul! 6 hours ago
    Tips bercukur dengan betul!

    Kami ingin kongsikan tips bercukur buat golongan lelaki. …

  • Tidur lena dengan SleepPhones
    Azwa Iela - Tupai
    Tidur lena dengan SleepPhones Sun, Apr 20, 2014 6:05 AM MYT
    Tidur lena dengan SleepPhones

    SleepPhones dapat membantu anda untuk mengatasi masalah-masalah yang tidak diingini ketika tidur. …

  • Obama hosting annual Easter Egg Roll
    Associated Press
    Obama hosting annual Easter Egg Roll 25 minutes ago
    Obama hosting annual Easter Egg Roll

    WASHINGTON (AP) — Thousands of children are gathering at the White House for the annual Easter Egg Roll. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes 9 hours ago
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …