Lapan filem genre 'found footage'

  • Today in History for April 25th

    Today in History for April 25th

    Today in History for April 25th

    Highlights of this day in history: Guglielmo Marconi born; America gets it name on world map; American and Soviet troops meet on Elbe river; Space shuttle Discovery deploys Hubble Space telescope; Ella Fitzgerald born. (April 25) …

  • ZZ Ward Debuts 'Last Love Song' Video

    ZZ Ward Debuts 'Last Love Song' Video

    ZZ Ward Debuts 'Last Love Song' Video

    ZZ Ward debuts her new music video for "Last Love Song." The singer-songwriter also discusses her upcoming tour with Eric Clapton and working with One Republic's Ryan Tedder and Brent Kutzle. (April 24) …

  • History's Craziest Diet Trends

    History's Craziest Diet Trends

    History's Craziest Diet Trends

    You can always lose weight via parasite. …

Apakah itu genre 'found footage'? 'Found footage' atau rakaman yang ditemui merupakan satu genre agak baru dalam pembikinan filem (kebanyakannya filem seram), di mana ia dipersembahkan dalam bentuk rakaman yang disunting untuk menampakkan seperti ia adalah rakaman mangsa atau rakaman misteri yang telah ditemui. Sekalipun genre ini telah bermula sejak tahun 1980 dengan filem "Cannibal Holocaust", ia mula mendapat tempat di hati peminat filem pada abad ke-21 dimulakan dengan filem "Blair Witch Project" yang amat popular pada tahun 1999.

Kami senaraikan antara filem-filem genre 'found footage' yang paling popular dan terbaik di saat ini.

THE BLAIR WITCH PROJECT (1999)

"The Blair Witch Project" merupakan filem bebas yang paling laris ketika ia mula ditayangkan pada akhir 90-an. Dengan bajet kecil yang hanya memakan AS$35,000 (RM107,424) dan mengambil masa lapan hari untuk penggambaran, ia telah ditonton lebih 250 juta penonton di seluruh dunia. Ia berkisar tentang tiga orang pelajar bidang pembikinan filem yang cuba mengungkai misteri "Blair Witch" di sebuah hutan berbukit di Maryland yang akhirnya menjadi mangsa projek mereka sendiri. Bukan sahaja filem ini berjaya dari sudut kutipan, malah ia menjadi sebuah filem ikutan genre ini.

[REC] (2007)

Para pengkritik memilih filem Sepanyol ini sebagai filem terbaik bagi genre ini. Apa tidaknya, apabila dua pengarahnya, Jaume Balaguero dan Paco Plaza memilih untuk menggabungkan 'found footage', elemen zombie dan kerasukan di dalam sebuah bangunan pangsapuri yang tertutup dalam satu acuan. Sekalipun dengan permulaan yang agak perlahan, sebaik sahaja ia memulakan rentaknya, anda tidak akan sempat bernafas dan menenangkan diri. Malah "[REC]" juga telah diadaptasi Hollywood dengan judul "Quarantine". Namun begitu, ia masih tidak dapat menyaingi kehebatan filem asalnya. Tiada apa yang lebih menakutkan daripada melihat sesuatu yang menakutkan dalam bahasa yang anda tidak tahu!

NOROI (2005)

Noroi atau "The Curse" merupakan filem seram Jepun yang ditayangkan pada tahun 2005 dan telah menemui penonton di Asia Tenggara pada tahun 2008. Raja bagi genre 'found footage' Jepun yang bernama Koji Shiraishi ini telah menggunakan 25 orang pelakon untuk memainkan 25 karakter dan menggunakan elemen sihir dan pemujaan syaitan sebagai subjeknya. Dalam "Noroi", Koji memaparkan rakaman seorang pengarah dokumentari yang telah menghilangkan diri selepas menyiasat tentang beberapa siri misteri menyeramkan yang rupa-rupanya saling berkaitan dan menyebabkan tragedi menimpa dirinya. Tapi awas! Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda akan mengalami fobia dengan 'bakteria' selepas ini.

OCCULT (2009)

Koji Shiraishi sememangnya menggemari genre ini dan memiliki lebih lima buah filem menggunakan teknik yang sama. Sebuah lagi filem arahannya menggunakan rakaman yang ditemui adalah "Occult" atau "Okaruto" pada tahun 2009. Kisah yang agak lucu dan menyeramkan ini menyentuh tentang obsesi seorang mangsa tragedi yang percaya dia mempunyai misi di dunia selepas tragedi yang berlaku pada dirinya. Ia juga merupakan satu penghormatan dari Koji buat karya H.P. Lovecraft dan Cthulthu - makhluk Lovecraftian yang cukup terkenal bagi peminat genre seram. Menonton filem ini akan membuatkan anda tertanya-tanya, "Adakah Koji dalam keadaan khayal ketika merakam filem ini?"

CLOVERFIELD (2008)

"Cloverfield" merupakan filem genre ini yang lari daripada acuan seram yang sama. Filem arahan Matt Reeves dan diterbitkan oleh pengarah "Lost", J.J Abrams ini menyatukan kisah cinta antara dua insan yang berada dalam kekecohan apabila seekor raksasa menyerang bandar New York. Bayangkan sahaja Godzilla, Romeo & Juliet dan kamera bapa saudara anda dalam satu filem. Ya, begitulah.

REC 2 (2009)

REC 2 atau [●REC]² merupakan sambungan filem pertama dan ditayangkan pada tahun 2009. Namun apa yang menjadikan filem ini lebih hebat dari yang pertama ialah kedua-dua pengarahnya bukan sahaja menggunakan kamera filem tetapi juga lensa rakaman unit petugas yang membolehkan anda menonton filem ini dengan perasaan seperti sedang bermain permainan video "Call Of Duty" atau "Silent Hill". Kalau anda biasa bermain permainan video, anda akan tahu perasaannya bagaimana.

PARANORMAL ACTIVITY (2007)

Ketika ia mula ditayangkan, "Paranormal Activity" "Paranormal Activity" mendapat perhatian ramai kerana tekniknya yang agak berbeza dengan menggunakan rakaman kamera CCTV – sehingga membolehkan filem ini menghasilkan dua buah sekuel dan sebuah lagi filem 'spin-off' dengan watak dari Jepun. Ia berkisar tentang sepasang kekasih Katie and Micah yang dihantui kehadiran makhluk ghaib di rumah mereka.

JUNE 9 (2008)

Jika anda rasa "Paranormal Activity" atau "The Blair Witch Project" tidak cukup menggerunkan, maka "June 9" adalah jawapan untuk anda. Dengan menggunakan teknik rakaman video oleh sekumpulan remaja yang suka berbuat kacau di tempat tinggal mereka, pada awalnya anda akan merasa geram dan benci pada watak-watak utama rakaman ini, Namun apa yang berada di penghujung filem ini mungkin akan membuatkan anda tidak lalu makan selama beberapa hari.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Fiza, Adam kini sudah berbaik semula?
    Azizah Saleh - Tupai
    Fiza, Adam kini sudah berbaik semula? 58 minutes ago
    Fiza, Adam kini sudah berbaik semula?

    Hubungan suami isteri pasangan Fiza Halim dan Adam AF dikatakan sudah pulih semula. …

  • Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac?
    Azizah Saleh - Tupai
    Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac? Thu, Apr 24, 2014 12:13 PM MYT
    Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac?

    Mereka dikatakan telah bercinta semula kerana Hans memuat naik gambar mereka bersama keluarga masing-masing. …

  • Hafiz Suip nafi ambil dadah
    Azizah Saleh - Tupai
    Hafiz Suip nafi ambil dadah Thu, Apr 24, 2014 11:39 AM MYT
    Hafiz Suip nafi ambil dadah

    Penyanyi popular, Hafiz Suip didakwa mengambil dadah kerana dilihat semakin kurus sejak kebelakangan ini. …

  • Bieber leaves LA airport
    Cover Media
    Bieber leaves LA airport 8 hours ago
    Bieber leaves LA airport

    Justin Bieber entered the US on Thursday after hours of questioning by US Customs officials. …

  • Foxx’s electric Spidey date
    Cover Media
    Foxx’s electric Spidey date 8 hours ago
    Foxx’s electric Spidey date

    Jamie Foxx’s daughter wore unusual make-up to the Spider-Man premiere. …

  • Tidur berdengkur jejas kesihatan
    Azwa Iela - Tupai
    Tidur berdengkur jejas kesihatan 2 hours 10 minutes ago
    Tidur berdengkur jejas kesihatan

    Berdengkur menyebabkan seseorang tidak lena tidur malah menganggu ketenangan orang lain ketika tidur dan majoritinya terjadi pada kaum lelaki. …

  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? Thu, Apr 24, 2014 11:17 AM MYT
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • In US urban decay, ex-drug dealer is glimmer of hope
    Véronique Dupont - AFP News
    In US urban decay, ex-drug dealer is glimmer of hope 26 minutes ago
    In US urban decay, ex-drug dealer is glimmer of hope

    Amid the urban decay of Camden, New Jersey -- one of the poorest and most dangerous of US cities -- a former drug dealer who did prison time is pushing to give his community a new lease on life. "I was not supposed to be on this side of statistics -- to be alive, free, to take care of my kids," Anthony Dillard, now an entrepreneur and artist, told AFP. Together with his partner AJ Riggs, he created a fashion label last year -- "Made in Camden" -- in the aim of "restoring the morale and pride …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.