Lazada jadi tumpuan baru pembeli online

18 Jul – Belum sampai tempoh empat bulan selepas pelancaran laman sesawang Lazada, ia kini mendapat sambutan daripada para pembeli barangan online.

Menurut laporan daripada Malay Mail, Giacomo Ficari, selaku pengarah urusan Lazada berkata, laman sesawang tersebut secara puratanya telah dikunjungi sebanyak 65,000 kali sehari dan sekaligus telah menempatkan Lazada berada di tangga yang ke-111 dalam senarai laman sesawang paling banyak dikunjungi seperti yang dilaporkan oleh sistem Alexa Ranking.

Jelas beliau, jualan telah meningkat sebanyak 35% setiap minggu dan ia berkemungkinan membolehkan Lazada mencapai 100,000 kunjungan sehari pada pertengahan bulan depan.

"Saya datang ke Malaysia pada bulan Januari yang lalu untuk membuat kaji selidik dan mendapati bahawa negara ini sangat sesuai dijadikan lokasi projek tersebut kerana rangkaian internet yang mudah didapati serta penggunaan media sosial yang sangat meluas. "

"Rahsia kejayaan kami adalah kebolehan kami dalam memberikan perkhidmatan yang tidak pernah ada di Malaysia sebelum ini,"ujarnya.

Antara produk kedai maya tersebut yang paling laku adalah telefon bimbit dan tablet komputer berjenama terkenal yang dijual dengan harga rendah. Jenama antarabangsa yang boleh didapati di Lazada adalah seperti Samsung, Nikon, Sony, Nokia, Philips, Hello Kitty dan pelbagai lagi.

Dengan hampir 16,000 produk di pasaran, jenis produk yang dijual adalah seperti gajet elektronik, buku, barangan rumah, hiasan, permainan kanak-kanak, ubat-ubatan, alatan sukan serta produk kecantikan.

Selain di Malaysia, Lazada turut mempunyai cawangan di negara lain seperti Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Bagi pelanggan Starbucks, mereka yang membeli "Starbucks Frappuccino" boleh mendapatkan baucer RM50 percuma yang boleh digunakan sehingga 30 September untuk mendapatkan diskaun produk Lazada.

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek 11 hours ago
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Makanan yang boleh kawal penyakit
    Azwa Iela - Tupai
    Makanan yang boleh kawal penyakit Wed, Apr 16, 2014 11:08 AM MYT
    Makanan yang boleh kawal penyakit

    Di sini kami ingin berkongsi informasi mengenai beberapa jenis makanan yang baik untuk tubuh badan anda. …

  • Rawatan bawah mata dan kedutan!
    Hana Ahmad - Tupai
    Rawatan bawah mata dan kedutan! Wed, Apr 16, 2014 11:08 AM MYT
    Rawatan bawah mata dan kedutan!

    Masalah lingkaran hitam bawah mata serta kedutan boleh diatasi dengan mengamalkan tips-tips mudah berikut. …

  • Nail The New Season With Sally Hansen's Designer Collection
    Nail The New Season With Sally Hansen's Designer Collection

    Spring’s hottest nail shades have a distinctly fashionable edge. Make sure your brush skills are up to scratch with Sally Hansen’s designer collection… …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …