Lima cara mengurangkan risiko diabetes

Diabetes adalah penyakit yang tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak dijaga dengan baik, ia boleh mengakibatkan penyakit berbahaya lain seperti serangan penyakit jantung, sakit buah pinggang, disfungsi erektil bahkan kanser. Selain faktor keturunan, diabetes mellitus juga berkait rapat dengan gaya hidup pesakit yang malas bersenam dan tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Seringkali, diabetes dikesan hanya setelah ia sudah parah.

Diabetes terbahagi kepada tiga bahagian. Diabetes jenis 1 dihidapi apabila sistem imun tubuh yang sepatutnya berfungsi melawan bakteria dan virus berbahaya, bertindak menyerang dan memusnahkan insulin yang menghasilkan sel-sel pankreas. Keadaan ini menjadikan jumlah insulin berkurangan dan kadar gula dalam darah meningkat.

Bagi diabetes jenis 2 pula, insulin masih dapat dihasilkan namun jumlahnya tidak mencukupi atau tidak dapat digunakan dengan baik oleh tubuh. Keadaan ini juga disebut sebagai kerintangan insulin (insulin resistance) yang menyaksikan kadar gula dalam darah, meningkat.

Diabetes jenis ketiga pula ialah diabetes kehamilan. Sepanjang tempoh kehamilan, plasenta menghasilkan hormon tertentu yang membuatkan sel-sel tubuh menentang insulin.

Langkah utama dalam mencegah dan merawat diabetes ialah dengan mengawal pemakanan, selain melakukan aktiviti riadah dan sering memeriksa kadar gula dalam darah. Berikut beberapa cara mudah untuk mencegah diabetes:

1. Beriadah.
Lakukan riadah atau bersenam sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari, lima kali seminggu. Beriadah dapat membantu mengekalkan kadar normal gula darah dan menjaga berat badan.

2. Makan beras merah.
Selain kaya dengan serat, beras merah juga dapat mengurangkan kerosakan pada pembuluh darah.  Justeru anda disyorkan untuk mula menggantikan nasi putih dengan nasi merah.  Memang ramai yang mengatakan rasa beras merah tidak sesedap nasi putih.  Namun demi kesihatan, apa salahnya mencuba, bukan?
3. Meningkatkan pengambilan vitamin C.
Antara sumber vitamin C semula jadi ialah brokoli, oren dan strawberi.  Jika dirasakan masih kurang, barulah ambil vitamin C tambahan. Rujuk dengan doktor terlebih dahulu mengenai dos yang tepat untuk anda.

4. Rempah semula jadi.
Lebih kurang 24 jenis rempah semula jadi ternyata kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah radang yang mempunyai kaitan dengan diabetes.  Kayu manis dan cengkih mengandungi kadar antioksidan yang paling tinggi.

5. Pilih makanan yang sihat.
Amalkan pemakanan yang rendah lemak dan rendah kalori. Makanan yang kaya dengan serat dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah. Rehat yang cukup, mengurus stres dengan baik, dan berhenti merokok juga dapat membantu menghindari diabetes.

Stephanie Firdaus
Diulas oleh Dr. Adhiatma Gunawan
 www.meetdoctor.com

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 7 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont moves toward labeling of GMO foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont moves toward labeling of GMO foods 11 minutes ago
    Vermont moves toward labeling of GMO foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont lawmakers have passed the country's first state bill to require the labeling of genetically modified foods, underscoring a division between powerful lobbyists for the U.S. food industry and an American public that overwhelmingly says it approves of the idea. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.