Lisa Surihani: "Yusry tak sorok tabiat!"

Selepas lebih tiga bulan melayari bahtera rumah tangga dengan Yusry KRU, aktres Lisa Surihani memberitahu kehidupannya …

Selepas lebih tiga bulan melayari bahtera rumah tangga dengan Yusry KRU, pelakon Lisa Surihani memberitahu kehidupannya berjalan normal seperti pasangan berkahwin yang lain. Tidak ada yang kurang, atau bertambah. Kesibukan mereka berdua dengan karier masing-masing, namun diselamatkan oleh kesefahaman bersama kerana berada dalam satu bidang yang sama.

Jika punya masa terluang, beritahu Lisa, mereka akan sebolehnya mengisi kualiti masa bersama seperti breakfast atau dinner sebelum sibuk menjalani rutin harian masing-masing.

Malah jika mahu mencari sifat baru atau tabiat suaminya yang barangkali disorok saat zaman mereka bercinta sebelum ini, itu pun tidak ada. Semuanya berjalan seperti sedia kala.

"Memang ada sifat baru atau tabiat Yusry yang saya tidak tahu sebelum berkahwin. Setakat hari ini, Yusry masih orang yang sama saya kenali sewaktu bercinta dulu. Walaupun dia nampak seperti seorang yang serius, tapi sebenarnya dia sangat kelakar. Dia juga sangat pembersih, tertib. Ya, tak ada apa yang berubah," katanya tentang sikap lelaki yang kini menjadi pelengkap hidupnya.

Gambar-gambar perkahwinana Yusry dan Lisa Surihani

Belum hamil dan mengaku dia serta Yusry bukan jenis yang merancang keluarga, mereka bersedia menerima rezeki tersebut jika diizinkan Tuhan.

Tambah Lisa lagi, Yusry sebaliknya juga masih menjadi seorang lelaki yang sama - yang tidak pernah menghalang dia untuk maju dan terus aktif dalam dunia seni.

Katanya: "Yusry tak pernah halang saya untuk terus jadi pelakon. Dia tak kisah. Cuma secara peribadi, saya sendiri yang ingin menjadi lebih selektif terhadap apa yang sedang saya kerjakan."

Lisa menjelaskan definisi selektif baginya selepas berkahwin adalah dia tidak mahu mengulang bawa karakter yang sama agar khalayak melihat variasi dalam setiap lakonannya. Dia juga merancang hanya mahu muncul dalam dua atau tiga buah filem sahaja setahun dengan karakter yang tidak serupa. Sementara untuk muncul dalam drama, kata Lisa, dia masih menunggu perbincangan selanjutnya dengan pihak Astro.

Namun dalam diam, Lisa punya harapan besar. Katanya kalau boleh dia mahu Astro memberi dia peluang untuk menjadi hos, bidang yang selalu dekat di hatinya.
"Kalau boleh nak buat talkshow," katanya lagi sambil menegaskan ia bukan disebabkan Yusry melarang dia berlakon, sebaliknya ia adalah kehendak diri sendiri.

Bercakap tentang perkembangan terkini, pelakon yang pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu kini memberitahu dia sedang sibuk di lokasi penggambaran filem seram pertamanya, Dendam Orang Mati.

Memegang watak Lena, seorang wanita yang baru tersedar dari koma namun menghidap amnesia dan telah diburu oleh misteri 'hantu', Lisa menyifatkan karakter tersebut sebagai salah satu karakter paling mencabar yang pernah digalas olehnya.

"Pada mulanya saya takut untuk membawa karakter ini kerana ia banyak bermain dengan emosi, namun saya harus mencabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa," katanya tentang filem arahan Jason Chong tersebut.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Azwan Ali bikin kontroversi lagi?
    Azizah Saleh - Tupai
    Azwan Ali bikin kontroversi lagi? 10 hours ago
    Azwan Ali bikin kontroversi lagi?

    Jom kita ikuti temubual eksklusif bersama diva meletup Malaysia, Azwan Ali! …

  • Selebriti berhijrah sempena Ramadan
    Azizah Saleh - Tupai
    Selebriti berhijrah sempena Ramadan 10 hours ago
    Selebriti berhijrah sempena Ramadan

    Pada bulan Ramadan tahun ini, ramai selebriti wanita berhijrah melakukan kebaikan dengan memilih untuk berhijab dan menutup aurat. …

  • Enot: Doktor itu sangat biadap!
    Azizah Saleh - Tupai
    Enot: Doktor itu sangat biadap! Fri, Jul 11, 2014 4:52 PM MYT
    Enot: Doktor itu sangat biadap!

    Aktres yang sinonim dengan watak-watak komedi, Enot bengang dengan seorang doktor yang merawat dirinya sebelum ini. …

  • Atasi masalah bintik-bintik hitam
    Azwa Iela - Tupai
    Atasi masalah bintik-bintik hitam 10 hours ago
    Atasi masalah bintik-bintik hitam

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa petua untuk mengatasi masalah bintik-bintik hitam. …

  • Sony lancar telefon selfie pertama
    Azwa Iela - Tupai
    Sony lancar telefon selfie pertama 10 hours ago
    Sony lancar telefon selfie pertama

    Sony telah melancarkan telefon pintar selfie pertama Xperia C3 yang menampilkan kamera hadapan 5 megapixel dengan LED Flash. …

  • Tips jaga kecantikan mata
    Azwa Iela - Tupai
    Tips jaga kecantikan mata Fri, Jul 11, 2014 11:22 AM MYT
    Tips jaga kecantikan mata

    Kali ini kami ingin berkongsi dengan wanita-wanita di luar sana beberapa tips menjaga kecantikan mata anda. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.