Lisa Surihani kerugian RM50 ribu

14 Jan – Pelakon popular, Lisa Surihani, dan ibunya mengalami kerugian besar apabila wang sebanyak RM50,000 dalam akaun bersama mereka dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.

Ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, menyedari wang tersebut lesap ketika dia ingin mengeluarkan wang pada Jumaat lalu.

Menurut sumber pihak berkuasa, ketika ibu kepada pelakon "Istanbul Aku Datang" membuat semakan baki simpanan, dia mendapati wang dalam akaun berkurangan dan mengesyaki berlakunya penipuan kerana dia tidak ada membuat pengeluaran wang sebanyak itu.

BACA: Gambar perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry
BACA: 'Yusry tak sorok tabiat'
BACA: Lisa Surihani memohon maaf kepada peminat

Selepas merujuk kepada pihak bank, Siti Amira diberitahu bahawa kad ATM miliknya telah ditukar dengan kad yang baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.

Lisa dan ibunya kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama.

Semakan yang dibuat kemudiannya mendapati bahawa rekod pengeluaran wang dalam akaun tersebut dikeluarkan di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.

Lisa yang dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya Sat, Apr 19, 2014 12:18 AM MYT
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Historic mass in Turkish-held north Cyprus 'like a miracle'
    Historic mass in Turkish-held north Cyprus 'like a miracle'

    With a nighttime procession lit by the glimmer of devotional candles and the flash of smartphone cameras, a church in Turkish-held northern Cyprus hosted its first Easter mass in nearly 60 years. Hundreds of Greek Cypriots crossed the Green Line to attend the ceremony at Famagusta's church of St George Exorinos, in the part of the Mediterranean island occupied by Turkish forces since 1974. Bishop Vassilis, wearing robes embroidered with gold and white and accompanied by a top Muslim cleric …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …