Lufya labur RM30 ribu buat video klip

Penyanyi, Lufya tidak mahu dikenali dengan kontroversi dan turut memberitahu hanya fokus dengan kerjaya terutamanya di dalam bidang nyanyian.

Gadis yang memiliki raut wajah persis wanita Arab ini sempat berkongsi cerita dan juga perkembangan terbaru dia sebagai seorang penyanyi.

Ikuti temubual eksklusif bersama Lufya!

Mungkin ramai yang sudah mulai lupa kehadiran Lufya di dalam industri hiburan ini, adakah masih aktif menyanyi ataupun sudah bersara dari dunia nyanyian?
Saya masih disini, tawaran nyanyian juga masih ada, cuma saya jarang membuat persembahan di kaca televisyen mahupun majlis besar. Saya banyak menyanyi di majlis korporat dan tertutup. Mungkin disebabkan itu, orang mulai lupa akan kehadiran Lufya di dalam bidang nyanyian. Namun bagi mereka yang setia mengikuti perkembangan Lufya, rasanya mereka pasti peka dengan kehadiran lagu baru dan juga muzik video yang Lufya buat untuk lagu "Diam" yang mana menerima kritikan positif dari penonton.

Lagu baru yang Lufya hasilkan?
Saya ada hasilkan lagu baru selepas lagu "Diam" diriliskan, iaitu lagu berunsur keIslaman "Doaku" yang boleh didengari di YouTube. Ianya dibuat kerana menyambut kedatangan bulan Ramadan yang telah tiba ini. Selain daripada menghormati bulan Ramadan, lagu ini bertujuan memberi keinsafan di dalam setiap hati manusia yang mendengar. Agar mereka dilembutkan hati dari terus membenci. Walaupun lagu berunsur keIslaman ini dinyanyikan oleh saya yang tidak bertudung, ada juga yang menegur kenapa saya tidak memakai tudung, InsyaAllah suatu hari nanti saya akan pakai juga. Doakan ya!

Ada maksud mendalam ataupun sengaja mencipta lagu ini?
Tidak ada rasanya kerana saya cipta lagu ini sempena bulan Ramadan, target pendengar saya adalah lebih kearah perkampungan makcik-makcik yang agak berumur. Saya banyak promosikan lagu ini ke radio-radio veteran yang banyak memutarkan rentak lagu seperti ini.

Adakah perlu setiap artis menyanyikan pelbagai rentak lagu, seperti tiada identiti sendiri bukan? Boleh komen sedikit mengenai perkara ini?
Saya rasa artis perlu tahu menyanyikan bermacam-macam rentak lagu. Berasa terpanggil dengan kenyataan tersebut, saya beranikan diri untuk mengeluarkan single kedua berunsur keIslaman. Selepas ini mungkin saya akan menyanyikan lagu tradisional pula. Saya yakin kredibiliti seseorang artis itu diukur adalah dari cara dia menyanyikan lagu. Jika saya sudah mempunyai semua jenis lagu, agak senang untuk mereka menilai kebolehan saya menyanyi.

Lufya mungkin ada perancangan untuk membuat video klip lagu seperti yang pernah dilakar sebelum ini?
Saya memang berniat untuk mebuat video untuk lagu baru. Rasanya selepas "Diam" saya akan lakukan sendiri video klip untuk lagu baru "Sesungguhnya" dimana lagu ini lebih kepada berentak Balada dan cinta. Saya memang target lagu ini akan meletup.

Berapa bajet membuat video klip "Diam" itu, kerana dikatakan menggunakan duit Lufya sendiri, bukan?
Saya memang buat video itu sendiri. Harga kos untuk sebuah video klip itu sahaja berjumlah RM30, 000. Kesemuanya hasil simpanan saya dari undangan nyanyian yang saya terima dan ada juga pinjam duit ibu saya demi menghasilkan video klip yang berkualiti.

Tidak rasa membazir buat video klip mahal tetapi jumlah penonton tidak ramai?
Mungkin jumlah penonton video klip saya tidaklah seramai artis lain, namun saya percaya komen positif yang saya terima dari video klip itu memang apa yang penonton mahukan. Saya lakukan semuanya sendiri, dari konsep, pemilihan tempat, jalan cerita dan juga pakaian, semua saya uruskan sendiri. Saya rasa tidak rugi kerana ianya merupakan profil saya jika mahu dikenali. Sekurang-kurangnya, saya sudah mempunyai sebuah video klip yang berkualiti.

Mungkin ramai yang tidak tahu, selepas menyanyi, kini Lufya mulai sibuk dengan pembikinan lagu sendiri, boleh ceritakan dengan lebih lanjut?
Ya, betul. Saya kini sudah bergelar komposer lagu. Ada juga artis veteran yang mahukan khidmat saya untuk mencipta lagu. Saya rasa ini peluang bagi saya untuk mengasah dengan lebih dalam, bakat di dalam bidang muzik ini.

Masih aktif di dalam bidang lakonan?
Buat masa ini, saya hanya fokus dengan bidang nyanyian sahaja. Ini kerana komitmen nyanyian lebih senang berbanding lakonan. Jika berlakon harus luangkan berminggu-minggu untuk sesebuah projek. Jika nyanyian pula senang. Namun niat saya di dalam industri hiburan ini pada mulanya memang mahu bergelar penyanyi. Tak apalah, kita fokus dengan satu-satu dahulu. Jika ada tawaran watak yang kena dengan kemahuan saya, tidak mungkin saya akan menolak. Saya sukar untuk menerima tawaran berlakon sekarang kerana watak yang diberikan agak sama. Disebabkan itu jugalah saya mahu fokus dengan bidang nyanyian dahulu.

Sehingga di sini sahaja soalan yang sempat kami ajukan kepada Lufya, semoga bertemu lagi!
Sama- sama, kepada semua pembaca, doakan kejayaan Lufya ya!

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 10 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows
    Jennifer Saba and Lisa Richwine - Reuters
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows 11 minutes ago
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows

    By Jennifer Saba and Lisa Richwine NEW YORK/LOS ANGELES (Reuters) - Technology powerhouses like Microsoft Corp and AOL Inc are flexing their muscles as storytellers, parading TV network-style shows before advertisers at an annual digital content showcase in New York next week. With an eye on the big bucks such shows can command, Microsoft will trot out a football reality show called "Every Street United." Sony Corp's digital network Crackle will serve up Jerry Seinfeld's "Comedians in Cars …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.