Mahkamah arah 50 Cent bayar RM51.6 juta

Mahkamah arah 50 Cent bayar RM51.6 juta

11 Apr – Rapper popular 50 Cent telah diperintah oleh Mahkamah Persekutuan Miami untuk membayar sejumlah RM51.6 juta kepada syarikat pengeluar fon kepala Sleek Audio.

Dipetik dari BBC, 50 Cent atau nama sebenarnya Curtis Jackson III didapati telah mencuri rahsia rekaan daripada Sleek Audio dan menggunakannya untuk mencipta fon kepalanya sendiri.

Oleh itu, pihak mahkamah telah mengarahkan 50 Cent untuk membayar RM37.44 juta kerana melanggar peraturan rahsia perdagangan, perolehan tidak adil dan pelanggaran kerahsiaan, dan sejumlah RM14.2 juta lagi bagi bayaran perkhidmatan perundangan.

Sebelum ini rapper tersebut dan syarikat audio berkenaan telah bekerjasama bagi mereka dan memasarkan fon kepala yang dikenali sebagai 'Sleek by 50'.

Bagaimanapun mereka kemudiannya dikatakan telah membawa haluan masing-masing tanpa membuat atau memasarkan produk tersebut.

50 Cent kemudiannya telah mengeluarkan fon kepalanya sendiri dengan menamakan 'Street by 50' dan 'Synch by 50'.