Menikmati kopi dengan suasana yang unik

17 Nov – Ketika Malaysia dibanjiri dengan pelbagai jenis kedai Kopi seperti Starbucks dan Coffee Bean dimana kita boleh melihat kedai-kedai kopi seperti ini banyak di buka di kawasan-kawasan baru ataupun di pusat membeli belah. Berlainan pula dengan Kafe Whisk ini di mana ia mempunyai kelainan dan keunikanya yang tersendiri.

Kafe Whisk yang terletak di Empire Shopping Gallery dan juga di One Utama ini sangat berbeza di mana pengunjung akan berasa seperti berada di sekitar kota New York atau pun di London, ini kerana konsep serta hiasan dalaman di dalam kafe ini sendiri diilhamkan daripada kota tersebut.

Kafe ini juga sangat bersesuaian dengan gaya hidup penduduk setempat dan juga bagi pengunjung yang ingin merasai kelainan suasana dan kopi yang disediakan. Walaupun ianya kafe yang kecil namun ia sangat selesa dan sesuai untuk semua golongan pengunjung tidak mengira usia. Suasana yang selesa dengan alunan muzik yang sangat menyamankan pengunjung untuk berehat menikmati kopi.

Kedai kopi yang berkonsepkan 'Kopi dan Pencuci mulut' ini telah di buka oleh Nora Khalid dan keluarganya dan konsep yang dipilih adalah berinspirasikan dari kedai-kedai kopi jalanan di kota Big Apple New York. Nora merupakan pelajar jurusan rekaan dan pengurusan di Parsons School of Design New York ini begitu gemarkan kopi sehingga mengambil keputusan untuk membuka kafe tersebut.

Jika Kafe Whisk di Empire Shopping Galery lebih kepada suasana dan gaya di New York berlainan pula dengan cawangan di One Utama dimana ia dikenali sebagai Whisk Outpost yang lebih berkonsepkan kedai kopi lama di London dan Paris. Semua idea dan konsep ini adalah hasil kembara beliau ke sana. Kebanyakkan pengunjung sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan serta memuji konsep yang diilhamkan oleh beliau untuk kafe Whisk ini.

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 8 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • HBO strikes deal with Amazon to stream shows
    Liana B. Baker - Reuters
    HBO strikes deal with Amazon to stream shows 21 minutes ago
    HBO strikes deal with Amazon to stream shows

    Amazon will begin streaming some HBO shows to its premium customers next month, the companies said on Wednesday, in a move that could lure subscribers away from Netflix Inc, a company they both compete with. The companies said this was the first time HBO, the premium cable channel owned by Time Warner Inc, had licensed its programming to an online subscription streaming service. HBO shows are not available through Netflix. Netflix shares fell 4.9 percent to $354.54. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …