Mila Kunis & Ashton Kutcher bakal timang anak perempuan

Mila Kunis & Ashton Kutcher bakal timang anak perempuan

17 Apr – Pasangan pelakon Hollywood popular, Mila Kunis dan Ashton Kutcher dilaporkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Berita ini telah disahkan oleh beberapa sumber seperti dipetik daripada laporan Us Weekly.

Ini merupakan cahaya mata sulung buat Kunis, 30, dan Kutcher, 36.

Namun aktor "Two And Half Men" itu pastinya tidak akan mempunyai masalah kerana dia pernah menjadi bapa tiri kepada tiga anak perempuan bekas isterinya Demi Moore dengan Bruce Willis iaitu Rumer, 25, Scout, 22, dan Tallulah, 20.

Walaupun Kunis masih belum mengesahkan berita kehamilannya, namun seorang rakan terdekat kepada aktres "Ted" itu memberitahu dia sangat sukakan pengalaman ketika hamil.

Berita kehamilan mereka timbul sebulan selepas satu sumber mengesahkan pasangan ini telah bertunang selepas menjalinkan hubungan cinta sejak 2011.