Advertisement

Misha Omar teruja bakal bergelar isteri

Misha Omar teruja bakal bergelar isteri

11 Apr – Penyanyi jelita, Misha Omar teruja bakal bergelar seorang isteri kepada tunangnya, Firos Ezzwan Rossly pada 2 Mei nanti di kampung halamannya, Kelantan.

Majlis yang bakal diadakan di Hotel Rennaissance Kota Bahru itu bakal menyaksikan majlis akad nikah yang dilangsungkan pada sebelah pagi dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi pada sebelah malam.

Menurut portal hiburan tempatan, Misha berhasrat untuk mengadakan majlis yang serba sederhana dan hanya menjemput kira-kira 500 orang tetamu sahaja kerana baginya cukuplah tetamu yang hadir itu adalah orang-orang yang cukup rapat dan dikenali olehnya.

"Saya sememangnya mengimpikan majlis yang cukup intimasi dan jemputan saya tidak ramai kerana saya cuma adakan majlis yang bersifat sederhana sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Misha turut menjelaskan tentang perancangan terdahulu yang ingin melangsungkan perkahwinannya lebih awal tetapi ada sahaja masalah dan halangan.

Namun, Misha dan Firos bersyukur kerana perancangan yang dilakukan kini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan kerana mungkin masanya telah tiba untuk mereka mendirikan rumah tangga.

Tunang Misha yang merupakan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu bagaimanapun mengakui berdebar untuk melalui saat-sata mereka disatukan dan berharap agar semuanya berjalan dengan baik nanti.

Sementara menanti majlis yang bakal diadakan, pasangan ini sempat merakamkan foto pra perkahwinan yang diambil oleh jurugambar rasmi mereka, We Are The Joe Zakaria.