Mohd enggan selesai kes di luar mahkamah

23 Mei – Juara program rancangan "Mentor" musim keempat, Mohd menyatakan dia tidak akan bersetuju menerima tawaran daripada Zatul yang dikatakan mahu menyelesaikan kes dakwaan rogol di luar mahkamah.

"'Settle' di luar itu tidak mungkin, itu belah saya lah, pihak perempuan pula saya tak tahu kalau ada yang nak selesaikan di luar sebab saya pun tak dengar apa-apa pun pasal hal ini.

"Bagi saya cukup jelas, tidak ada istilah untuk selesaikan perkara ini di luar mahkamah walaupun dia datang berjumpa dengan saya sekalipun. Bagi saya benda macam ini dia kena bersihkan nama saya dahulu daripada segala tuduhan yang telah dia buat. Lepas tu nak cerita apa pun ceritalah. Lagipun tuduhan yang dia dah buat tu bukan satu tuduhan ringan, dituduh merogol kot," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Menurut Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 26, kesan yang diterimanya selepas dituduh merogol sangat memalukannya. Malah banyak kerja yang ditawarkan kepadanya telah ditarik balik dan ada yang tidak berani hendak mengambilnya kerana kes dan tuduhan tersebut.

BACA:
Mohd 'Mentor' ditahan polis atas dakwaan merogol teman wanita

Ziana Zain sedia membela Mohd 'Mentor'
Karier Mohd 'Mentor' musnah akibat tuduhan merogol

Terdahulu, industri hiburan digemparkan dengan berita seorang juara program realiti, Mohd telah direman selama enam hari pada 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahn merogol Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, yang juga merupakan peserta "Mentor" musim keenam.

Reputasinya Mohd yang terjejas teruk akibat tuduhan liar itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Zatul.

Dalam pada itu, Mohd memberitahu bahawa dia tidak akan memaafkan Zatul selepas apa yang dilakukan terhadapnya, dan berharap kes tersebut dapat diselesaikan dengan segera demi membersihkan kembali nama baiknya.

BACA:
Aktor popular Shahz Jaszle ditangkap khalwat
Marsha Milan buang keluarga?
Sharifah Sakinah mohon maaf muat naik video berunsur lucah

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 3 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • Right at Home: making a premier design show
    KIM COOK - Associated Press
    Right at Home: making a premier design show 14 minutes ago
    Right at Home: making a premier design show

    NEW YORK (AP) — This year's Architectural Home Design Show, one of the industry's premier events, was attended by tens of thousands of interior designers, architects and design enthusiasts looking for inspiration. Few could have imagined all the effort and organized chaos that went into making it. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …