Muda lagi, sudah mulai botak



Soalan:


Rambut saya ketika ini semakin menipis. Saya sudah melakukan beberapa cara terapi, termasuk menjaga pola pemakanan, mengambil vitamin, rajin mensyampu rambut, rajin bersenam dan mengurangkan stress.  Namun tiada perubahan pada keadaan rambut saya.  Jika menurut sejarah keluarga saya baik dari sebelah ayah, ibu, datuk atau pun nenek, tiada siapa pun yang mempunyai masalah seperti saya ketika berusia 30 tahun. Bolehkah saya mendapatkan suntikan hormon penumbuh rambut? Apakah kesan negatifnya?

Riki, 32 tahun

Jawapan:

Hai, Riki.

Dalam istilah perubatan, keadaan yang anda alami sekarang ini dikenali sebagai Alopecia Androgenica atau Kebotakan Pada Lelaki. Biasanya berlaku pada penghujung usia 20 atau awal 30 tahun. Rambut akan gugur secara berperingkat bermula dari atas kepala dan dahi, sehinggakan dahi akan kelihatan lebar dan atas kepala menjadi botak.

Keadaan ini berpunca daripada pelbagai faktor keturunan yang dominan dan tingginya hormon androgen.

Berikut, beberapa pilihan untuk mengatasinya:

BACA: Tip rambut cepat tumbuh
BACA: Makanan yang mengakibatkan masalah kulit

1.  Ubat-ubatan
Ada 2 macam ubat iaitu ubat sapu dan ubat minum.  Dengan ubat-ubatan ini, rambut biasanya akan tumbuh semula dalam masa 6-12 bulan setelah terapi  dilakukan secara berterusan.  Namun terapi dengan ubat tidak akan memberi kesan jika tahap kebotakan sudah parah.  Untuk peringatan, terapi menggunakan ubat-ubatan ini tidak dapat menyembuhkan.

Kesan sampingannya adalah ringan. Beberapa kesan sampingan yang pernah dilaporkan termasuklah gangguan ejakulasi, payudara terasa lebih besar dan sakit, kulit menjadi kemerahan-merahan serta kesakitan pada testis.

2.  Pembedahan

Melakukan transplantasi  rambut, terutamanya bagi mereka yang mengalami kebotakan yang parah.

3.  Memakai rambut palsu.


Jika masih belum pasti, anda boleh berunding terus dengan doktor pakar kulit. Semoga penjelasan ini dapat membantu.

Dr. Fresia Juwitasari

www.meetdoctor.com