Advertisement

Nina-Jovian Mandagie pilih tarikh perkahwinan pada 11-12-13

UMUM mengetahui yang pasangan ini sedang hangat dilamun percintaan.  Mereka umpama belangkas yang sukar dipisahkan.

Hubungan cinta antara pereka fesyen kelahiran Indonesia, Jovian Mandagie 27, dan buah hatinya, si gadis cilik dan pemilik nama, Nina Sabrina Ismail Sabri, 26 memang intim kebelakangan mula mekar sejak setahun lalu.

Dua-dua berjiwa besar untuk menjadi usahawan berjaya. Jovian yang mula bertapak dalam dunia perniagaan fesyen sejak 10 tahun lalu semakin disanjung kerana koleksinya yang ‘edgy’ dan ‘uncoventional’.

Nina yang merupakan anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri pula semakin berani menjinak-jinakkan diri dalam dunia pengurusan perniagaan. Gadis ini baru sahaja melancarkan tadika pintar miliknya yang dinamakan, ‘Peterena – Education-Ethics-Excellence’ yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Menariknya, tadika itu turut menampilkan pakaian seragam yang direka khas oleh Jovian. 


Walaupun hubungan mereka sudah lama terjalin, ramai yang sudah mula bertanya-tanya bila tarikh keramat perkahwinan mereka. Yang pasti, pasangan kekasih ini sudah mula membuat persiapan untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

BACA:
Shaarnaz Ahmad sudah bertemu cinta baru?

Penerbit Raja Azmi akui sudah berteman
Siapakah cinta hati baru Maya Karin?

Menurut sumber, Jovian dan Nina bakal mengakhiri zaman bujang mereka pada 11 Disember, 2013 (11-12-13).

Khabarnya, Nina juga sudah mula merisik-risik pereka perkahwinan tempatan mengenai konsep bagi majlis bersejarah yang bakal berlangsung hujung tahun ini. 

Yahoo! Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada pasangan ini dan semoga mereka berbahagia ke anak cucu.