Advertisement

Ning Baizura dan Chris sambut ulangtahun dengan kehadiran Ryan Sky


Tarikh 31 Januari 2013 bukan sahaja tarikh istimewa buat pasangan penyanyi Ning Baizura dan suaminya Christopher - atau Chris - yang meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Malah, pasangan itu juga meraikan kehadiran cahayamata pertama mereka pada tarih yang sama dan bergelar ibu dan bapa. Penyanyi berusia 37 tahun itu dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital terkemuka di ibukota awal pagi tadi.

Bayi lelaki seberat 3.5 kilogram itu diberi nama Ryan Sky Dalton dan dilahirkan jam 3.06 pagi.

BACA: Ning Baizura bakal lancar wangian sendiri
BACA: Ning Baizura tarik diri dari persembahan minuman keras
BACA: Ning Baizura akan menyertai PAS?

Menurut pengurus Ning, Alwyn Santiago, penyanyi tersebut dan bayinya yang dilahirkan melalui pembedahan berada di dalam keadaan sihat.Penyanyi pop dan R&B itu dilaporkan mula merasa kesakitan beberapa jam sebelum dimasukkan ke hospital kira-kira 11.45 malam.


“Ning memang berhasrat untuk bersalin secara semulajadi tetapi kepala bayinya didapati senget ke bahagian kiri dan akhirnya beliau terpaksa bersalin melalui pembedahan,” ujar Alwyn ketika dihubungi melalui telefon.

“Ning dan Omar memilih nama “Sky” kerana ketika mengandung beliau sering melancong  ke luar negara,” tambah Alwyn.

Ning ditemani oleh suaminya, ibunya Satila Abdullah dan Alwyn di hospital. Alwyn turut mengesahkan yang Ning dan bayinya kini sudah pulang dari hospital dan berehat di rumah.

Ujar beliau lagi, pasangan Dalton itu akan membuat sidang media untuk mengumumkan kehadiran Ryan dalam masa terdekat.