Nora Danish tabah hadapi dugaan

Berat sungguh dugaan yang sedang dilalui oleh aktres cantik Nora Danish sebaik dia pulang dari mengerjakan umrah buat kali kedua pada 8 Mei lalu.


Berat sungguh dugaan yang sedang dilalui oleh aktres cantik Nora Danish sebaik dia pulang dari mengerjakan umrah buat kali kedua pada 8 Mei lalu. Mana tidaknya, sepanjang berada di Tanah Suci Mekah, perihal Nora bergambar erotik dalam majalah GLAM Lelaki telah menggemparkan industri seni tanah air.

Maklumlah, Nora memang jarang sekali akan beraksi erotik begitu. Nak dijadikan cerita, dalam masa yang sama gambar beredar, dia sedang mengerjakan umrah - dua perkara yang cukup kontra terjadi dalam satu masa.

Belum surut isu gambar erotik, timbul pula isu baru yang tak kurang panas. Janda beranak satu itu dituduh pula menjadi punca aktor Ady Putra mahu menceraikan isterinya, Aida. Nora dan Adi didakwa mempunyai hubungan istimewa sejak terbabit sama dalam drama rantaian Tentang Dhia. Nak jadi cerita lagi, kebetulan Nora dan Ady pergi mengerjakan umrah bersama-sama.

Selepas agak lama mendiamkan diri dan tidak mahu memberi sebarang komen kepada pihak media, Nora akhirnya mengalah. Dia membuka mulut terhadap dua isu berat yang salah satu sudah masuk kategori fitnah buat dirinya.

Tentang bergambar erotik, Nora mengaku dia yang melakukan aksi tersebut dan bukan dibuat melalui sebarang teknik penindihan gambar. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perbuatan dia sebagai orang dewasa, Nora bagaimanapun memohon maaf terhadap keterlanjurannya bergambar seumpama itu.

Sebagai seorang ibu tunggal, dia melahirkan perasaan malu atas tindakan yang telah dibuat dalam sesi penggambaran tersebut.

"Saya memohon maaf terhadap pemotretan gambar-gambar seksi tersebut dan saya malu atas tindakan yang telah dibuat," katanya dengan nada kesal.

Nora berharap pada masa akan datang, dia akan lebih berhati-hati agar tidak kembali melakukan kesalahan yang boleh menyusahkan dirinya sendiri.

Dalam masa yang sama, pelakon yang mula terkenal menerusi iklan Maxis sebagai gadis comel memakai kostum iklan komersial tersebut turut menafikan dia mempunyai hubungan asmara dengan Adi sehingga membuat pelakon tersebut mahu menceraikan isterinya, Aida.

"Saya menafikan tuduhan itu sekeras-kerasnya. Saya bukan orang ketiga atau mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Ady. Kami hanya berkawan sebagai rakan industri," katanya.

Nora turut memperbetulkan persepsi khalayak yang beranggapan dia dan Ady sengaja merancang pergi menunaikan umrah bersama-sama, sebaliknya, menurut pelakon tersebut mereka pergi atas jemputan dan ia telah dirancang sejak awal tahun ini.

Sementara itu, Ady yang turut kecewa apabila ada pihak mula mengaitkan Nora dalam masalah rumah tangganya dan menafikan pelakon itu menjadi punca masalah rumah tangganya pada Isnin (21 Mei) telah menarik balik permohonan cerai terhadap isterinya.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 7 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont moves toward labeling of GMO foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont moves toward labeling of GMO foods 7 minutes ago
    Vermont moves toward labeling of GMO foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont lawmakers have passed the country's first state bill to require the labeling of genetically modified foods, underscoring a division between powerful lobbyists for the U.S. food industry and an American public that overwhelmingly says it approves of the idea. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.