Nurul bakal timang anak kedua

7 Mei – Penyanyi popular, Nurul Wahab gembira dan teruja apabila dia kini hamil anak keduanya namun menyifatkan pengalaman hamil kali ini ibarat kali pertama walaupun pernah mengandung 15 tahun lalu.

Nurul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab berharap kandungannya yang kini berusia empat bulan akan berjalan lancar.

"Bayangkan anak sulung saya sudah berusia 15 tahun dan kini mengandung buat kali kedua. Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan teruja," katanya kepada mStar.

Mengenai jantina bayi, Nurul memberitahu bahawa dia mahukan anak lelaki, namun suaminya pula tidak kisah samada lelaki atau perempuan.

"Suami saya sebenarnya yang paling teruja dan tidak kisah akan jantina anak itu nanti dan sibuk membuat persiapan anak pertamanya dan anak pertama saya (Ayu Nazirah) tidak sabar untuk bertemu dengan adiknya."

BACA:
Selebriti-selebriti tempatan yang bakal menjadi ibu baru
Lee Chong Wei menyambut kelahiran anak pertamanya
Ning Baizura selamat melahirkan Ryan Sky

Dalam pada itu, Nurul berkata, dia tidak akan berehat buat masa ini dari aktiviti sehingga pertengahan Julai depan sebelum dijangka bersalin pada Oktober.

Nurul, 36 dan Eric Daniel Depp, 48, yang berasal dari Perancis selamat diijabkabulkan pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer terkenal Ajai, Nurul mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, berusia 15 tahun.

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya Sat, Apr 19, 2014 12:18 AM MYT
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Historic mass in Turkish-held north Cyprus 'like a miracle'
    Historic mass in Turkish-held north Cyprus 'like a miracle'

    With a nighttime procession lit by the glimmer of devotional candles and the flash of smartphone cameras, a church in Turkish-held northern Cyprus hosted its first Easter mass in nearly 60 years. Hundreds of Greek Cypriots crossed the Green Line to attend the ceremony at Famagusta's church of St George Exorinos, in the part of the Mediterranean island occupied by Turkish forces since 1974. Bishop Vassilis, wearing robes embroidered with gold and white and accompanied by a top Muslim cleric …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …