Advertisement

Pakaian sendat Rabecca cetus reaksi buruk

Pakaian sendat Rabecca cetus reaksi buruk

23 Apr – Nama pelakon Rabecca Nur Al-Islam kini menjadi buah mulut umum apabila mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambarnya yang berpakaian agak sendat.

Busana yang dipakai kelihatan seperti 'jumpsuit' yang menggunakan fabrik lycra itu sememangnya kelihatan ketat kerana jelas menampakkan susuk badannya sehingga dilabelkan sebagai watak dalam siri rancangan kegemaran kanak-kanak, "Teletubies".

Pemakaiannya dikritik pelbagai pihak kerana imej berkenaan tidak bersesuai dengan dirinya yang kini sudah pun mula memakai hijab.

Menurut laporan media tempatan, Rabecca kecewa dengan sesetengah pihak yang sengaja menyebarkan foto tersebut yang diambil dari laman Instagramnya yang menggunakan tetapan 'private' kerana tidak semua orang boleh mengakses laman sosialnya itu.

"Masyarakat luar mendapat dosa percuma kerana penyebaran gambar itu dibuat oleh pengikut saya," katanya menerusi laman Instagram.

Rabecca turut menjelaskan yang dia bukanlah seorang manusia yang sempurna dan masih sedang berusaha menjadi seorang muslimah yang baik.