Pashmina paisley meningkat popular

7 Feb - Pemakaian kain selendang di kalangan muslimah semakin mendapat sambutan ramai. Selain dari gaya atau fesyen yang dikenakan, corak pada selendang itu sendiri telah menarik perhatian setiap pencinta fesyen bertudung.

Kain selendang yang dikenali sebagai Pashmina kini kian popular disebabkan coraknya yang menarik dan unik. Bukan itu sahaja, malah kainnya yang selesa juga mampu melindungi dari cuaca sejuk.

Antara corak terbaru dan terkini pada pashmina ialah corak yang bermotifkan batik paisley. Corak yang berasal dari corak rekaan sari kaum wanita India ini telah diolah semula oleh pereka tudung bagi menghasilkan corak pashmina yang lebih moden dan terkini.

Bagi mencantikkan lagi corak batik paisley ini, gabungan beberapa warna dan lakaran yang unik telah dihasilkan. Setiap pemakai yang memakainya dengan corak sebegini sudah pasti akan kelihatan menarik dan cantik.

Corak batik paisley ini ada yang kelihatan sedikit padat ataupun corak penuh, maka cara pemakaian juga harus di ambil kira supaya si pemakai tidak nampak terlalu sarat dan berat. Sebagai contoh, pemakaian selendang Pashmina corak batik paisley ini haruslah di padankan dengan baju atau blaus yang tidak bercorak. Untuk memberikan penampilan yang tidak keterlaluan, pemakai dinasihatkan untuk memakai anak tudung yang satu warna sahaja.

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan 2 hours 28 minutes ago
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Makanan yang boleh kawal penyakit
    Azwa Iela - Tupai
    Makanan yang boleh kawal penyakit Wed, Apr 16, 2014 11:08 AM MYT
    Makanan yang boleh kawal penyakit

    Di sini kami ingin berkongsi informasi mengenai beberapa jenis makanan yang baik untuk tubuh badan anda. …

  • Obama: 8 million signed up for health care
    JOSH LEDERMAN and RICARDO ALONSO-ZALDIVAR - Associated Press
    Obama: 8 million signed up for health care 56 minutes ago
    Obama: 8 million signed up for health care

    WASHINGTON (AP) — Eight million people have signed up for health care through new insurance exchanges and the proportion of younger applicants has increased, President Barack Obama said Thursday. The enrollments exceeded expectations and offered new hope to Democrats who are defending the law ahead of the midterm elections. …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …